“Saya Tak Ambil Hak Anak Yatim” – Suami Arwah Faziani Rohban Nafi Dakwaan Sembunyi Wang RM1.3 Juta, Sedia Ambil Tindakan Undang-Undang

Berita

“Saya Tak Ambil Hak Anak Yatim” – Suami Arwah Faziani Rohban Nafi Dakwaan Sembunyi Wang RM1.3 Juta, Sedia Ambil Tindakan Undang-Undang

Suami kepada pengasas produk kecantikan Dnars, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, iaitu Ahmad Shah Rizal Ibrahim, tampil menafikan dakwaan bahawa beliau telah mengambil atau menyembunyikan wang tunai berjumlah RM1.3 juta milik isterinya.

Ahmad Shah Rizal, 48, menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa wang RM1.3 juta itu telah dimasukkan ke dalam akaun pentadbir pusaka yang dikawal bersama oleh beliau dan anak tiri, Mohamed Aqbar Hakim Jasman, serta tidak boleh disentuh sehingga keputusan mahkamah dibuat.

Advertisement

Bapa tiri, suami pengasas dnar

Wang tersebut ialah hasil usaha bersama saya dan allahyarhamah isteri saya semasa hayatnya. Bahkan, saya sendiri telah secara sukarela mengisytiharkan keberadaannya semasa mesyuarat keluarga selepas pemergiannya.

Saya tidak ambil hak anak yatim seperti yang diwar-warkan. Tanggapan bahawa saya makan harta anak yatim atau melarikan hak anak yatim adalah fitnah dan tohmahan tidak berasas.

Beliau turut mengingatkan semua pihak agar tidak membuat kenyataan tidak bertanggungjawab yang boleh memesongkan fakta serta mengganggu proses mahkamah yang masih berjalan.

Untuk makluman, saya telah mengambil tindakan undang-undang saman fitnah terhadap beberapa pihak pada tahun 2022 dan kes tersebut telah selesai bicara. Kini hanya menunggu keputusan mahkamah pada Januari 2026 nanti.

Segala-galanya perlu mengikut proses mahkamah termasuk keputusan berkaitan wang tunai itu. Kita tunggu hal harta sepencarian selesai barulah isu RM1.3 juta itu diputuskan. Setakat ini, tiada pihak boleh menyentuh wang tersebut.

Sebagai rekod, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad meninggal dunia pada 18 Mei 2019 dalam kemalangan di Pattani, Thailand, ketika dalam perjalanan bersama suaminya untuk menyampaikan sumbangan kepada rumah anak-anak tahfiz.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

wanita dikecam
2025-10-10 14:04:33

Wanita Baling Kerusi & Sumbat Bekas Minuman Dalam Ekzos Kereta Di Festival Automotif — Dakwa Anak Autisme Terkejut Bunyi Bising

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...