“Saya Tak Akan Tuntut Apa-Apa” – Nubhan Nafi Dakwaan Menyantuni Ibu Sebab Nak Kaut Harta Mak Jenny

Hiburan

“Saya Tak Akan Tuntut Apa-Apa” – Nubhan Nafi Dakwaan Menyantuni Ibu Sebab Nak Kaut Harta Mak Jenny

Penyanyi Nubhan mengakui segala usaha yang dilakukannya selama ini adalah demi memastikan keselesaan ibu tercinta, Mak Jenny.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, pemilik nama Ahmad Nubhan Ahmad, 40, memuat naik tangkap layar komen seorang individu yang mencetuskan perbincangan.

Advertisement

“Nanti Mak Jenny meninggal, anak-anak berebut. Kena fikirkan.”

Tidak berdiam diri, pelantun lagu Kekasih Untukku itu menjelaskan bahawa dia sebenarnya sudah lama memikirkan soal pembahagian harta bagi mengelakkan sebarang perselisihan antara adik-beradik.

Menurut Nubhan, dia juga pernah menyuarakan perkara tersebut kepada kakak sulungnya yang menjaga ibu mereka di kampung.

“Saya dah fikir lama dah. Saya pernah cakap dekat kakak sulung yang jaga mak dekat kampung.”

“Saya cakap, apa saja yang saya buat dekat kampung, saya tidak akan tuntut apa-apa.”

“Semuanya untuk keselesaan mak, kak long dan keluarga yang nak jaga mak serta saudara mara yang datang berkumpul.”

Tambahnya, segala yang dilakukan di kampung adalah hasil usaha sendiri dan dilakukan secara berperingkat demi keselesaan keluarga.

@

? –

“Alhamdulillah, ada duit lebih, saya buat sikit demi sedikit. Waktu saya buat dulu, saya dah tak fikir berapa kena berhabis duit.”

“Bila tengok mak duduk di rumah yang selesa, dada saya rasa lapang dan tenang. Wang ringgit tiada nilai dah.”

“Saya akan cuba bagi yang terbaik semampu saya. Mak saya sorang saja. Dan saya harap segala perkongsian, dapat beri manfaat yang baik.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap penyanyi itu yang mengutamakan ibunya serta mendoakan agar Nubhan terus dimurahkan rezeki.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Jep Sepahtu
2026-03-06 10:51:21

(VIDEO) Jep Sepahtu Buka Mulut Mengenai Dakwaan Masam Muka Dengan Shuib Dan Mamat - "Tak Ada Faedah Nak Gaduh"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...