June 14th, 2020

Menegaskan bahawa dirinya tidak sekali-kali akan membuat ulasan berkaitan produk makanan, pelakon Fendy Bakry menjelaskan dia mempunyai prinsip untuk tidak menipu pengikut Instagram dengan memberi reviu yang tidak jujur.

Dia juga berkata perkara berkenaan ulasan produk makanan itu tidak dilakukan demi menjaga kesihatannya.

View this post on Instagram

Doktor suruh tambahkan stress utk dptkn BP yang tinggi.. senang utk treatment lain.. ?? mana @kyliejenner kata nk mai tgk..

A post shared by Fendy Bakry (@fendybakry) on

“Minta maaf ya, dari dulu sampai sekarang saya takkan pernah buat reviu pasal makanan. Saya rasa saya boleh saya elakkan, saya elakkan. Kadang dengan pemakanan ni macam-macam boleh jadi,”

Tambah Fendy lagi, dia tidak akan melakukan reviu semata-mata untuk mengejar bayaran. Nada kekesalan itu diluahkan melalui sebuah entri yang dikongsinya melalui laman instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

Terima kasih pada kawan2 yang mengundi abam dari pencalonan 20 sampai la ke top 5.. Itu pun dah bersyukur sesangat.. Untuk semalam bukan rezeki kita, tapikan seandainya menang.. award tu bukan untuk abam tapi award tu sebenarnya untuk hampa semua.. hampa la yang undi, hampa la yang bersengkang mata siang malam.. hampalah yang tersangat ohsem.. Abam mungkin akan jadi wakil hampa untuk ambik award..hehehehe?.. apa2 pun tahniah dan syabas sy ucapkan pada hampa semua yang memberikan daya usaha yang sangat memberangsangkan.. Teruskan support artis kesayangan hampa dan teruskan juga support industri tanah air.. . . mua @firz_razali . . #jidin #abangsurau #mrgrey #khairy #syawal #abdullah #harrisothman #mukraminraiyan #megathaikal #ridzal

A post shared by Fendy Bakry (@fendybakry) on

Menurutnya lagi, dia tidak tergamak untuk menipu orang ramai dengan memberi ulasan yang baik mengenai sesuatu produk tetapi hanyalah indah khabar dari rupa.

Dalam entri berkenaan juga, Fendy sempat menitipkan pesanan kepada peniaga online di luar sana supaya mengambil tahu perkembangan semasa artis terutama keadaan dirinya yang masih tidak sihat.

View this post on Instagram

Tq sahabat @jaydeesm .. jaga diri.. . now u know all about me!!! sabar.. nanti kita sembang santai dengan semua netizen..

A post shared by Fendy Bakry (@fendybakry) on

“Belajar-belajar ambil tahu perkembangan pasal orang sama. Aku dengan berwayar bagai, hampa nak suruh reviu. Bisnes tak kena tempat,”

Untuk rekod, Fendy Bakry sebelum ini telah dimasukkan ke hospital akibat demam denggi.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...