Penyanyi rap bersuara lunak, Zizi Kirana memaklumkan bahawa dia tidak akan lagi menyanyikan lagu-lagu lamanya kerana sudah tidak selari dengan imejnya yang kini sudah bertudung.
Dia yang ditemui media berkata, lirik-lirik lagunya yang terdahulu sudah tidak relevan dengan penampilannya yang sudah menutup aurat.
Zizi juga memberi contoh karya yang tidak akan dinyanyikan lagi selepas ini seperti lagu Siapa Yang Bap Bap dan NAKKETAKNAK.
Bagi saya, apabila saya sudah seperti ini (bertudung dan menutup aurat), lebih baik saya memilih untuk menyanyikan lagu yang lebih bersesuaian. Jadi saya tidak akan nyanyi lagu lama yang tidak seiring dengan imej saya kini.
Dalam pada itu, Zizi berkata pihak penganjur juga seperti sudah memahami situasinya kini dan tidak pernah meminta menyanyikan lagu yang sudah tidak sesuai dengan imej terbarunya ketika di sebarang majlis dan acara persembahan.
Jujur, saya berasa bersyukur kerana saya tidak perlu terangkan kepada mereka, seolah-olah mereka sudah memahami.
Manakala, lagu-lagu yang masih akan dinyanyikan pada masa akan datang, ini jawapan Zizi Kirana.
“Lagu-lagu seperti lagu Eh. Ketika proses rakaman lagu tersebut, saya sudah tahu lagu sebegitu yang akan saya nyanyikan pada masa akan datang” ujarnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.