Saya Tak Akan Mengaku Anis Al Idrus Girlfriend Saya – Sharnaaz Ahmad

Hiburan

Saya Tak Akan Mengaku Anis Al Idrus Girlfriend Saya – Sharnaaz Ahmad

Sempoi. Memang macho sungguh Sharnaaz Ahmad ini. Walaupun umum mengetahui betapa rapat hubungannya dengan Anis Al Idrus, namun Sharnaaz enggan mengakui yang si dia adalah kekasihnya. Mungkin kata-kata tersebut hanya diluahkan secara ‘direct’ kepada Anis. Untuk para peminat dan orang luar, cukuplah sekadar mengetahui yang Anis adalah kawan yang paling rapat dengan dirinya.

sharnaaz dan anis

Advertisement

Kata Sharnaaz:-

Saya tidak akan mengaku dia (Anis) girlfriend saya tetapi apa yang boleh saya katakan dia memang kawan paling rapat saya buat masa ini. Namun saya gembira Anis banyak menolong dan menyokong apa jua yang saya lakukan.

Cukuplah orang luar tahu itu sahaja. Saya tidak mahu kenyataan yang keluar dari mulut saya nanti akan memalukan keluarga saya. Saya bukan berhati-hati untuk berkata tetapi saya rasa saya kini lebih matang setelah apa yang berlaku kepada saya sebelum ini

sharnaaz

Secara jujur, Sharnaaz dan Anis memang seperti pinang dibelah dua. Sama cantik dan sama padan. Kalau betul-betul bercinta pun, tak ada orang yang nak marah. Malah Abang Nara pasti ramai yang menyukai jika hubungan mereka berdua lebih daripada sekadar kawan. Apa pun, selain daripada seorang pelakon, kini Sharnaaz juga mempunyai produknya tersendiri iaitu Biogenesis Collagen. Teruja juga Abang Nara nak cuba. Mana tahu boleh jadi kacak dan gagah macam Sharnaaz. Sumber Murai.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...