Pelakon sensasi, Rita Rudaini baru-baru ini mendedahkan bahawa ada individu yang bersifat dengki telah cuba untuk menganggu hidupnya anak beranak.
Dia yang ditemui media berkata, individu tersebut sanggup mencari rumahnya di kampung dan mengacau kehidupan keluarganya.
Jelas Rita, individu tersebut mencari rumahnya di kampung dan merayau-rayau sehingga ditegur orang sekeliling.
Malam-malam dia merayau, orang kampung tanya cari rumah siapa, dia cakap rumah Rita Rudaini dan berkata ‘saya kawan Rita’.
Keesokan, ibu saya tengah menyapu sampah tiba-tiba ternampak katak hitam dah mati depan rumah. Katak itu macam baru, hitam dan dah mati.
Malah, pelakon drama Shah Alam 40000 ini juga mengalami mimpi buruk dan pernah ternampak kelibat di rumahnya namun menganggap ia hanyalah mainan tidur dan berserah pada Allah.
Rita juga berkata bahawa dia tidak mengetahu siapa individu yang cuba melakukan perkara buruk tersebut dan menganggap orang itu mempunyai isu peribadi dengannya.
Selagi Rita ada, dia rasa tak senang. Dia tak puas hati secara dalaman dengan saya, kalau boleh dia nak Rita Rudaini lenyap, jadi dia rasa lega.
Dia juga menegaskan bahawa tidak akan memaafkan sesiapa yang pernah melukai hatinya dan anak-anaknya.
“Sesiapa yang telah merobekkan hati saya dan anak-anak saya, tidak akan saya maafkan.” ujarnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.