Sedia maklum, kes COVID-19 masih lagi dalam angka yang membimbangkan dan atas sebab itu, pelakon Datuk Fizz Fairuz berasa terlalu curiga dan paranoid untuk keluar rumah melainkan mempunyai urusan penting.
Menurut Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, dia perlu lebih berhati-hati tambahan pula apabila memikirkan keadaan isterinya, Datin Almy Nadia yang kini sedang hamil enam bulan.
Dalam pada itu, pelakon tersebut turut memberitahu bahawa dia dan isteri akan melakukan aktiviti yang berlainan setiap hari bagi memenuhi masa serta menghilangkan kebosanan anak-anak mereka.
View this post on Instagram
Kalau nak pergi mana-mana, saya akan ikut SOP dan balik rumah terus mandi. Virus ini benda yang kita tak nampak.
Katanya ketika dihubungi oleh pihak mStar.
Tambahnya lagi, dia juga sempat menyeru dan menyarankan buat masyarakat agar mengambil vaksin bagi melindungi diri serta orang-orang sekeliling.
Sekadar info, Jun lalu pelakon filem Munafik 2 ini berkongsikan khabar gembira bahawa isterinya sedang hamil anak keempat mereka.