Personaliti media sosial, Nur Sajat, bakal menunaikan ibadah umrah dengan penampilan yang lebih baik berbanding sebelum ini.
Dalam satu perkongsian di TikTok, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menyatakan hasratnya untuk berpakaian seperti lelaki ketika menunaikan umrah.
Saya rasa kali ini pergi umrah, saya akan berpakaian seperti lelaki. Biarlah rambut panjang sekali pun. Tahun ini adalah tahun paling saya gembira. Innsya-Allah tahun depan, saya akan pergi umrah lagi.
Sajat turut mengakui telah belajar daripada kesilapan lampau dan tidak mahu mengulanginya.
Saya tidak akan buat perkara yang menimbulkan kemarahan orang. Sebab satu keluarga saya pesan, apa saja yang jadi, jangan pernah tukar agama.
Untuk rekod, usahawan berusia 40 tahun itu pernah menunaikan umrah pada tahun 2020, namun penampilannya ketika itu menyerupai wanita.
Tindakannya telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen dan turut mengundang respons daripada beberapa pendakwah bebas.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.