Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Saya Tak Akan Berpura-Pura…”- Mengaku Minum Arak Secara Terbuka, Alicia Amin Dikecam Lagi

Model dan juga pelakon, Alicia Amin menerusi satu hantaran di media sosial Twitternya telah mengundang kecaman netizen apabila dia secara terbuka mengaku minum arak bersama suami tercinta.

View this post on Instagram

A post shared by Alicia Amin (@hangriii)

Advertisement

Menerusi twit tersebut, Alicia menulis bahawa dia berasa hebat menikmati arak ketika suami berada di sisi, tidak seperti ketika masih solo dahulu.

Ujarnya lagi, dia berasa selamat kerana boleh berada dalam keadaan mabuk dengan kehadiran suami yang akan melindunginya jika berlaku sesuatu tidak diingini.

Namun, ciapan itu telah mengundang persepsi berbeza apabila ada sesetengah individu mengecam Alicia kerana merasakan tidak sesuai memandangkan dia seorang muslim.

Twitter Alicia AminSumber : Twitter Alicia Amin  

Meskipun perkara tersebut berunsur peribadi, netizen beranggapan Alicia patut menyimpan soal kehidupan sosialnya daripada umum agar tidak dikecam masyarakat.

Walau bagaimanapun, pelakon drama Alamatnya Cinta ini berkata dia sama sekali tidak akan bersifat berpura-pura kononyan tidak mengambil sebarang minuman beralkohol sepanjang hidupnya.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Alicia Amin (@hangriii)

Perkembangan lain, Alicia bakal muncul dalam drama terbaru berjudul Meh Sandar Lagi dan juga filem lakonannya iaitu Salina yang kini sedang ditayangkan di seluruh negara.

Terdahulu, Alicia Amin telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga seorang doktor, Farzan pada tanggal 14 Februari yang lalu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

9 Comments

  1. MASAR

    April 6, 2021 at 3:12 pm

    mcmna lah mak bapak family jantan ni boleh terima dia sebagai menantu ka life depa pn sama..allahuakbar…bangga p sebut semua2 tu yg dh sah2 salah di sis agama islam.bila belakon bole pulak tutup aurat bagai sbb xbg nampak tatu kt situ..apa yg nak bangga tiru budaya barat..dunia dh tenat,mcm2 ALLAH bg malapetaka..akan dtg xtau apa lg virus nk mai kalau berterusan mcmni punya tingkah laku org islam…mak bapak pn xtau malu ka ..maruah mana maruah..dh buat jahat diam sudah lah..nak menangis tgk cara dia ni..mmg lahanat lah manusia mcmniiiiiiii..nanti kerana sekoq buat hal.satu dunia ALLAH BAGI BALA!!!!!!..TAKYAH AMIK DIA BELAKON BOLEH DAK.!!!!!!!!!DAPAT LAKI PN YG XBLEH BIMBING DIA LGSUNG..CRMINAN DIRI DIA BALIK..APA LA NK JADIII

  2. Saly

    March 30, 2021 at 3:40 pm

    Terasa mcm duduk kat obersea plak. Pihak berwajib yg menjaga kesucian agama Islam pun mcm tk mampu nk buat ape2.

  3. tecit

    March 30, 2021 at 3:03 pm

    seriously sape mak bapak die ni ya Allahhh. kau nk buat semua aib2 kau tu simpan bodohhh. kau bgtau org nt org lain yg xtegur ni dpt saham dose kau tu paham x? Allah dah tutup aib ko mlm td, pagi2 kau pegi canang buat ape gile. astaghfirullahalazim

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama