Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Tak Ada Niat Persenda Sesiapa – Rosyam Noor

Susulan lawak kontroversi yang dibuat oleh Rosyam Noor ketika menjadi penyampai Anugerah Skrin 2012, Metro Ahad semalam telah berjaya mendapatkan respon daripada tuan punya badan. Rosyam menegaskan yang dia tidak berniat mempersendakan sesiapa sebaliknya hanya menyampaikan maksud jelas mengenai peraturan stesyen tv.
stesyen tv rosyam

Untuk makluman, kata-kata yang dilontarkan oleh Rosyam Noor pada malam tersebut adalah dialognya sendiri. Di bawah ialah penjelasan daripada tuan punya badan:-

Advertisement

Bukan niat saya mahu mempersenda mana-mana stesen televisyen tapi menyampaikan maksud jelas mengenai peraturan stesen TV dan mengangkat Gagasan 1Malaysia. Ketika saya menyebut stesen TV Alhijrah, maksud saya ialah stesen itu mengangkat lakonan mengikut landasan Islam. Begitu juga sepatutnya Snow White dicium sebelum saya tersedar dan katakan ini Malaysia bukan Amerika. Mesej saya untuk karyawan seni tempatan supaya memahami peraturan stesen TV itu sendiri. Begitu juga saya menyelitkan mesej antara saya dengan orang kerdil iaitu jika saya sumpah kami menjadi tinggi, orang kerdil itu menjawap, saya takut lupa diri

Ok ada logiknya penjelasan daripada Rosyam Noor (cuma Abang Nara tak berapa faham bab mengangkat Gagasan 1Malaysia). Kiranya dialog yang dilontarkan oleh Rosyam adalah bukan satu lawak jenaka, sebaliknya hanya fakta semata-mata. Diharap anda semua berpuas hati dengan penerangan panjang lebar ini.

P.S: Kereta Bentley versi nerd gadjet

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

68 Comments

  1. gangnam

    November 19, 2012 at 3:51 pm

    adusss…..

  2. Abang Iskandar

    November 15, 2012 at 2:11 pm

    Rosyam.. Rosyam… terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata…. rasalah… kau rasa dah kira otai sgt ke dlm dunia seni hingga boleh ckp apa saja.. lain kali fikir dulu sblm cakap lgpun kau tu bukannya budak2 lagi, dah senja pun kan.. penonton lebih bijak dan peka dari kau, lgpun di Malaysia ni ramai Muslim..! dah tahu TV alHijrah sah2 channel keIslaman semestinya takleh nak cuit2 bg yg bukan muhrim.. takyahla ko nak buat lawak n highlight sesuatu yg bercirikan Islam dgn tujuan sebegitu, apa saja yg berkaitan Islam bukannya sesuatu yg lawak.. Islam itu sgt suci, benar dan agung, jika kau bergurau atau buat lawak dgn cara mcm tu, ia serupalah mcm kau mempersendakan agama kau sendiri… tak lucu pun.. menyampah tu lagilah.. wpun kata2 kau mlm tu pendek tp masyarakat mendengar dan menilai.. sedih betul dgn muslim mcm ni.. tp tetap ada yg jadi tukang back-up wpun kata2 Rosyam tu agak sinis pd Islam… org tak pandang pd siapa kamu dan pencapaian kamu tu, mungkin sesetgh org boleh berbangga dgn kejayaan kamu TETAPI kdg2 dgn kata2 yg tidak berilmu dan bodoh atau sinis akan mencerminkan siapa diri kamu, tahap pemikiran kamu dan peribadi kamu sebenarnya.. fikir2kanlah.. org tak bising jika kau tak berckp sesuatu yg bodoh, sbb itu sblm bercakap kena fikir dulu tambah2 yg berkaitan sesuatu yg sgt sensitif (agama). Sekian.

  3. NorHayati Ab.Latif

    November 14, 2012 at 3:45 pm

    BAB APE YANG KELUAR DARIPADA TUTUR KATA ROSYAM NOR TU ADE MAKSUD YANG INGIN BELIAU SAMPAIKAN… TAPI BAB PAKAIAN YANG HADIR MENJOLOK MATA, MENAMPAK KAN AURAT YANG SEMEMANGNYER BERDOSA BESAR ADALAH PERLU DIUTAMAKAN DAN DIPERSOALKAN… HUKUM ALLAH PERLU DITAKUTI… ITU YANG UTAMA… AURAT SESAMA ISLAM… BERHIJAB BAGI WANITA… YANG LELAKI PUN SAMA…

  4. .

    November 14, 2012 at 12:24 pm

    kalau niat tuh baik , baik la jadi nya , yg korang ni tak taw pape jangan laa wat isu

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama