Isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri tampil mengakui bahawa dia tidak kisah untuk berpoligami sekiranya suaminya bersikap jujur dan mengikut cara yang betul.
Shuhada atau lebih mesra disapa Shu berkata, dia boleh menerima kehidupan bermadu sekiranya Hafidz mampu menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga mengikut sunnah Rasulullah.
Bagi saya, kalau suami nak kahwin lain, kena betul-betul ikut sunnah Rasulullah. Contohnya, berkomunikasi dengan baik, tak melakukan perkara dilarang atau boleh mendatangkan dosa.
@xtra_my pelakon, Hafidz Roshdi tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi sebutan kes cerai hari ini #fyp #xtramy #hafidzroshdi #kes #sebutan #cerai #nurulshuhada #mahkamah #beritaditiktok #sembangentertainment
Saya tak ada masalah berpoligami kalau ikut cara yang betul.
Bukan itu sahaja, ibu kepada dua anak itu memaklumkan dia juga tidak pernah bertemu orang ketiga untuk melakukan provokasi seperti tarik rambut atau memaki hamun.
Cuma saya terfikir kenapa dia nak kahwin dengan suami saya. Tapi, sedangkan, diorang memang tipu saya.
@xtra_my Saya cuba yang terbaik untuk menjadi isteri yang baik, tapi mungkin tidak menepati ciri Yang dia ingin kan” – Nurul Shuhada #fyp #xtramy #nurulshuhada #poligami #cerai #hafidzroshdi #sembangentertainment #beritaditiktok
Dalam pada itu, Shuhada berkata dia akan cuba yang terbaik untuk memaafkan tindakan orang tiga yang menggangu rumah tangganya.
Maaf atau tak, saya hanya manusia biasa. Kalau berdendam sekalipun, saya takut tak dapat teruskan kehidupan pada masa depan.
Malah, usahawan berusia 29 tahun menjelaskan dia tidak pernah berdendam dengan Hafidz sebaliknya hanya mahu memperjuangkan hak sebagai seorang wanita.
Bukan soal siapa menang atau kalah, apa yang saya perjuangkan adalah maruah diri dan anak-anak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.