Aktor popular, Meerqeen enggan memberi sebarang komen berkenaan isu namanya dipetik oleh kekasih Aliff Aziz, Sarah Yasmine.
Fokus kepada karier
Kata Meerqeen atau nama penuhnya, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, kini dia tidak mahu memberi perhatian kepada isu kontroversi tersebut sebaliknya memberi tumpuan sepenuhnya pada karier seni dan filem terbarunya.
Tiada komen mengenai ini, anda pun boleh nampak saya makan dengan gembira.
Saya jujurnya tidak mengikuti perkara yang sedang berlaku sekarang ini sebab saya pun sedang menjalankan penggambaran drama yang agak intense jadi sekarang saya lebih fokus pada kerja saya dan juga diri saya. Itu saja.
View this post on Instagram
Tak ambil pusing spekulasi netizen
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Melur Untuk Firdaus ini turut memberitahu dirinya tidak membaca komen di media sosial berkaitan dengannya. Menurut Meerqeen, dia lebih mengutamakan kerja dan keluarga.
Saya tiada masa untuk sesiapa, dengan keluarga saya pun dalam tiga atau empat jam sahaja. Keluarga saya tahu saya macam mana.
Dalam industri ini saya hanya menjalankan kerja saya sebagai pelakon. Saya tak tahu apa yang orang katakan sekarang ini. Tapi, saya tahu apa yang penting adalah kerja dan keluarga.
View this post on Instagram
Terdahulu, Sarah Yasmine mendedahkan tangkap layar perbualan antara dirinya dan Meerqeen sebagai bukti selepas aktor tersebut mendakwa dia hanyalah seorang peminat.