“Saya Tak Ada Hak Menyuarakan..” – Wani Kayrie Tak Masuk Campur Hal Rumah Tangga Bella Astillah, Hormati Semua Pihak

Hiburan

“Saya Tak Ada Hak Menyuarakan..” – Wani Kayrie Tak Masuk Campur Hal Rumah Tangga Bella Astillah, Hormati Semua Pihak

Baru-baru ini, penyanyi Wani Kayrie mengakui tidak mahu masuk campur dalam urusan peribadi rumah tangga sepupunya iaitu aktres Bella Astillah bersama suaminya, penyanyi Aliff Aziz yang sedang dilanda kontroversi sekarang.

Tak ada hak

Menurut Wani atau nama penuhnya, Syazwani Abdullah, dia enggan memberi sebarang kenyataan kepada orang ramai tentang isu tersebut atas sebab menghormati kesemua pihak yang terlibat.

Advertisement

Tambahan pula, penyanyi ini turut berpendapat dirinya tidak mempunyai hak dalam menyuarakan apa yang terjadi kerana tidak terlibat secara langsung.

Berkenaan dengan perkara itu sebenarnya secara peribadi saya kalau boleh tak nak komen apa-apa sebab saya hormati dia walaupun saya tahu apa yang dia lalui dan hadapi sepanjang program realiti Famili Duo.

 

Saya rasa sebenarnya saya tak ada hak untuk menyuarakan. Saya pun belum berkahwin dan tak tahu naik turun rumah tangga macam mana tapi apa yang boleh saya katakan adalah saya kesiankan dia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WANI KAYRIE (@wanikayrie)

Turut kasihan dengan nasib

Namun begitu, Wani tidak menafikan dia sendiri berasa kasihan dengan ujian yang dihadapi sepupunya itu sekarang. Menurutnya, dia sendiri melihat Bella yang terpaksa melalui kejadian tersebut selama bertahun-tahun.

Saya kesiankan dia dengan apa yang dia perlu hadap dan simpan selama bertahun-tahun ini, tapi dalam masa yang sama saya tak boleh menghukum mana-mana pihak. Saya tak tahu tentang pihak sebelah sana.

 

Apa yang saya boleh katakan adalah saya bersimpati kepada Bella.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WANI KAYRIE (@wanikayrie)

Terdahulu, Aliff Aziz telah ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominum mewah yang akhirnya menyebabkan Bella menuntut cerai buat kali kedua terhadap suaminya.

Aliff Aziz
1 month ago

"Ku Dihukum Masuk Neraka Oleh Manusia" - Aliff Aziz Kongsi Lirik lagu 'Aku Maafkan Kamu' Di Media Sosial

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...