“Saya Tak Ada Duit Lagi Nak Bayar, Ada RM60 Je Cikgu..” – Rayuan Waris Di Hari Pendaftaran

Trending

“Saya Tak Ada Duit Lagi Nak Bayar, Ada RM60 Je Cikgu..” – Rayuan Waris Di Hari Pendaftaran

1

Menyentuh hati..
Itu yang boleh admin rasakan bila membaca sebuah coretan di laman sosial yang dikongsikan oleh seorang guru yang namanya dirahsiakan mengenai pengalamannya semasa mengadakan orentasi untuk pelajar tingkatan 1 sekolahnya baru-baru ini.

Advertisement
Beliau merupakan seorang guru kelas serta menguruskan hal kewangan kelas menceritakan kisah semasa pendaftaran. Menurutnya ada 5 orang bapa yang datang mendaftarkan anak dan tidak mempunyai pekerjaan.

Menurutnya, lagi ada seorang bapa semasa pendaftaran merenung lama senarai yang perlu dibeli dan perlu dibayar iaitu kira-kira RM200.

“Cikgu, saya tak ada duit lagi nak bayar semua ni, nak bayar anak-anak lain lagi, ada yang darjah 1, ada darjah 4 dan ada darjah 6, semua 4 orang tapi dalam kocet saya cuma ada RM60 jer,” katanya bapa itu.
2
Kerana kasihan, beliau beliau telah mencadangkan agar si bapa tersebut membeli barang-barang yang perlu je dulu seperti lencana sekolah,RM3, tali leher, RM10 dan buku,RM12.
Kemudian datang seorang ibu memberitahu bahawa dia merupakan seorang suri rumah dan suami tidak bekerja, jadi menurut guru berkenaan, kira-kira 6 orang yang menghadapi masalah untuk membayar pendaftaran pada hari tersebut.

Apa yang diceritakan oleh guru ini cukup membuatkan seorang insan normal seperti kita rasa tersentuh, apa pun semoga keluarga ini tabah dan dimurahkan rezeki oleh yang Maha Esa.Terima Kasih cikgu kerana berkongsi hal ini kerana kita tidak tahu bahawa begitu ramai diluar sana yang tidak bernasib baik seperti kita disebalik tekanan sara hidup yang semakin meningkat ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...