“Saya Tak Ada Duit Banyak. Saya Tak Tau Nak Beli Hadiah Apa Pada Ustazah.”

Trending

“Saya Tak Ada Duit Banyak. Saya Tak Tau Nak Beli Hadiah Apa Pada Ustazah.”

Sekadar berkongsi suka duka hari guru hari ini 16 mei 2017. Al kisah hari ini. Waktu rehat Kak Lia ke kantin sekolah. Tiba di kantin sekolah Kak Lia di tegur oleh seorg makcik kantin.

Advertisement

Makcik Kantin: ustazah ni yang nama Jamaliah kan.

Kak Lia: ye saya makcik.( dalam hati macam pelik tiba2 di tnya macam tu. Terfikir aganya Kak Lia guru baru di situ mungkin sebab itu dia bertanya).

Macik Kantin: Tadi ada budak tertinggal kertas yang bunkuskan duit syiling. Tapi atas tu di tulis UNTUK USTAZAH JAMALIAH SEDAP NAMA. (mula kak lia ingat makcik ni yg puji nama kak lia sedap. sebab tak faham lagi situasi dan ceritanya). Tapi makcik dah bagi pada sorang ustazah yg lain tadi.

Kak Lia pun cakap ok makcik terima kasih. Kak lia terus pegi ke meja untuk duduk makan bersama guru2 yg lain.

Bila sampai di meja seorang ustazah bagi Kak Lia kertas yg berisi syiling yg di maksudkan oleh makcik kantin tadi. Bila dah tengok baru la Kak Lia faham apa yg makcik kantin sampaikan.

Di atas kertas ada ditulis HUDA BUAT. Bila masuk ke kelas..kak lia terus tanya. Siapa yg buat ni ada tulis nama ustazah tapi dia tercicir di kantin. Huda murid yang pendiam tak cakap apa2. Kak lia tanya….

“Ini huda punya ke?” Huda anggukkan kepala.

“Huda nak bagi pada ustazah ke?” Sekali lagi dia anggukkan kepala.

“Duit syiling ni duit hudakan…huda nak bagi pada ustazah ke macam mana?” Tanya kak lia.

“Itu duit tabung saya. Saya kumpul nak bagi pada ustazah.”

Tetiba mata masuk habuk…ya Allah…ustazah tak minta hadiah pun Huda…sini ustazah peluk awak.

“Kenapa awak bagi duit tabung awak?”

“Saya tak ada duit banyak. Saya tak tau nak beli hadiah apa pada ustazah.”

Ya Allah dah 10 tahun mengajar ini pertama kali amat tersentuh dengan hadiah hari guru sebegini. Semoga murid ini membesar menjadi anak yg patuh dan taat pada perintah allah. Anak yg sangat solehah kpd ibu bapanya. Aamiin.

Kredit : Ustazah Jamaliah Amirul

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...