“Saya Tahu Siapa Yang Viralkan Video Tu..” – Haneesya Hanee Gagal Tahan Sebak, Dakwa Disabotaj Ketika Dalam Dewi Remaja

Hiburan

“Saya Tahu Siapa Yang Viralkan Video Tu..” – Haneesya Hanee Gagal Tahan Sebak, Dakwa Disabotaj Ketika Dalam Dewi Remaja

Pelakon dan model, Haneesya Hanee berkata insiden ‘clubbing’ yang membuatkan gelaran Dewi Remaja yang dianugerahkan kepadanya ditarik balik adalah tindakan sabotaj rakan industri.

Haneesya mendedahkan perkara itu ketika program No Filter yang dihoskan pengacara Elly Mazlein baru-baru ini.

Advertisement

Jelasnya, dia tidak meraikan kemenangannya itu di kelab malam sebaliknya video itu adalah video lama yang dimuat naik kembali.

Saya meraikan kemenangan di satu kedai makan bersama ibu dan dua rakan baik saya. Bukan pergi clubbing seperti didakwa.

Dalam video viral tu saya ada ‘bangs’ tapi pada hari kemenangan rambut saya dah panjang, bermaksud video itu dah lama. Rambut tak akan boleh panjang secepat itu.

Gagal menahan sebak, Haneesya berkata insiden itu telah menghancurkan harapan ibunya untuk melihat dirinya menjadi juara dalam pertandingan itu.

Kemenangan hanya dipinjam sekejap sahaja. Bila benda itu jadi saya rasa sakit sangat. Hingga family saya terpaksa ikat perut, kerja semua tak ada, masa tu duit dalam bank kosong..

Saya tahu apa yang saya buat itu salah, betul memang salah. Saya pun manusia biasa tak lari daripada buat salah.

Dia dalam pada itu mengakui mengetahui siapakah orang yang menyebarkan video tersebut yang dipercayai orang dalam program berkenaan.

Saya tahu orang yang viralkan tu orang dalam Dewi Remaja. Saya tahu siapa, tapi tak ada bukti.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fattah amin
2025-09-04 15:27:40

Fattah Amin Difitnah Curang Sehingga Bercerai, Mahkamah Tinggi Arahkan Pasangan 'Influencer' Turunkan 'Posting'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...