“Saya Tahu Saya Ada Kekurangan” – Ramai Wanita Tawar Diri Jadi Isteri Kedua, Siti Elizad Reda Suami Kahwin Lagi Demi Ada Anak

Hiburan

“Saya Tahu Saya Ada Kekurangan” – Ramai Wanita Tawar Diri Jadi Isteri Kedua, Siti Elizad Reda Suami Kahwin Lagi Demi Ada Anak

Baru-baru ini, pelakon Siti Elizad mendedahkan dirinya menerima banyak mesej daripada wanita yang menawarkan diri mahu menjadi madunya.

Reda jika suami kahwin lagi

Kata Elizad, wanita-wanita tersebut menawar diri mahu menjadi isteri kedua susulan dia masih belum mempunyai zuriat bersama suami sepanjang 10 tahun berkahwin.

Advertisement

Biarpun begitu, Elizad juga ada menyuruh suami untuk berterus-terang kepadanya jika dia mahu berkahwin satu lagi demi mempunyai zuriat sendiri.

Kalau betul dia nak pergi dekat orang lain (berkahwin lagi) sebab anak, saya reda. Sebab saya tahu saya ada kekurangan.

Perasaan bercampur baur

Dalam pada itu, pelakon tersebut turut mengakui kini dalam fasa reda biarpun sudah dua kali menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) tetapi masih belum mempunyai rezeki anak.

Kalau ikutkan saya sudah ‘musim’ reda. Namun bila tengok kawan-kawan kongsi kehamilan mereka dalam media sosial, perasaan itu datang balik.

Sekadar info, Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015.

eli
12 months ago

"Saya Tak Mahu Dapat 'Anxiety' Pula.." - Pelakon Elizad Sudah Berdamai Dengan Takdir, Gagal IVF Buat Kali Kedua

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...