“Saya Tahu Kisah Sebenarnya..” – Mas Khan Minta Netizen Hentikan Fitnah Kematian Arwah Syazlin Zainal

Hiburan

“Saya Tahu Kisah Sebenarnya..” – Mas Khan Minta Netizen Hentikan Fitnah Kematian Arwah Syazlin Zainal

Minggu lalu, hiburan tempatan digemparkan dengan pemergian pelakon berbakat, Syazlin Zainal yang dilaporkan maut akibat terjatuh dari tingkat 22 kediamannya di Johor Bahru.

Berita itu juga telah mengejutkan peminat drama tempatan dan ramai selebriti tampil mengucapkan takziah dan berkongsi rasa sedih di media sosial.

Advertisement

Antaranya, pelakon Mas Khan juga sempat berkongsi foto memaparkan momen ketika berada di tanah perkuburan ketika Allahyarhamah sedang dikebumikan.

Dia juga turut mengucapkan takziah dan mendoakan agar roh arwah Syazlin ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Manakala di satu hantaran yang lain, pelakon itu juga meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi mengenai punca kematian Allahyarhamah Syazlin.

Mas Khan Syazlin ZainalSumber : Instagram  

Saya harap jangan buat sebarang spekulasi tentang kenyataan berkenaan (kenyataan polis). Jangan sebarkan fitnah atas berita yang kita tak tahu kebenarannya. Saya tahu sebabnya.

Doa baik-baik sahaja untuk arwah. But please, ambil berat pasal orang disekeliling korang, support itu sangat penting.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memaklumkan pihak polis telah menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan penemuan mayat seorang wanita bekerja sebagai pelakon sambilan di bahagian bawah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru pada hari Khamis lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Pelakon & Pempengaruh, Syazlin Zainal Dipercayai Maut Terjatuh Dari Tingkat 22 Pangsapuri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...