“Saya Tahu Dia Sedang Berbahagia Di Sana” – Ramai Tertunggu Ina Naim Buat ‘Live’ TikTok, Tetap Tabah Setelah Kematian Suami

Kehidupan

“Saya Tahu Dia Sedang Berbahagia Di Sana” – Ramai Tertunggu Ina Naim Buat ‘Live’ TikTok, Tetap Tabah Setelah Kematian Suami

Ramai sebenarnya yang menantikan kemunculan balu kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad, Ina Naim untuk tampil melakukan siaran langsung di media sosialnya.

Semenjak kematian suami, Ina Naim dilihat sebagai seorang yang kuat dan positif dalam membesarkan anak-anaknya.

Advertisement

Terbaru, Ina atau nama sebenarnya Nor Diana Naim itu ada berkongsi perasaaannya setelah kehilangan suami tercinta beberapa bulan yang lalu.

Kata Ina, dia memilih untuk tidak terlalu meratapi pemergian arwah Suhaimi kerana yakin suaminya itu sedang berbahagia di alam sana.

Kita jangan sedih sangat, setiap orang Allah uji. Cuma kita tak tahu ujian kita macam mana.

Sabar, reda. Allah ada. Ada nikmat yang Allah nak bagi tapi kita tak tahu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengagumi ketabahan wanita itu dan terkenang akan kebijaksanaan arwah Suhaimi dalam mendidik isterinya itu tentang erti reda.

Ina suhaimi family

Sekadar info, bekas penyanyi In-Team, Suhaimi Saad telah meninggal dunia pada 15 November lalu setelah mengalami masalah kesihatan sejak Oktober tahun yang sama.

Allahyarham dilaporkan mengalami jangkitan kuman di paru-paru sebelum menghembuskan nafas terakhirnya di HSI.

Hasil perkongsian hidup bersama Ina, mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mohon maaf
7 months ago

"Tukang 'Viral' Video Dan Pelaku Sudah Mohon Maaf Kepada Kami" - Pemilik Axia 'Goyang' Tak Berdendam, Anggap Pelaku Budak Baik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...