“Saya Tahu Cerita Dari Awal Sampai Akhir..” – Puteri Sarah Liyana Titip Pesanan Buat Bella Astillah

Hiburan

“Saya Tahu Cerita Dari Awal Sampai Akhir..” – Puteri Sarah Liyana Titip Pesanan Buat Bella Astillah

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana baru-baru ini ada mencuri tumpuan peminat apabila dia ada menitipkan nasihat buat rakan artis, Bella Astillah gara-gara isu hangat yang melanda rumah tangga selebriti itu baru-baru ini.

Puteri Sarah berkata, dia sentiasa bersedia sekiranya Bella memerlukan seseorang untuk menjadi tempat meluahkan perasaan gara-gara isu tersebut.

Advertisement

Puteri Sarah sentiasa di sisi Bella

Kepada sahabat saya Bella, awak ada ketika saya perlukan bahu untuk menangis. Jadi saya di sini sekiranya awak perlukan saya.

Di satu hantaran berbeza, ibu tunggal kepada dua orang anak itu juga memohon orang ramai agar memberikan ruang serta berhenti menghukumi Bella tanpa mengetahui cerita sebenar.

Marilah kita sama-sama beri semangat pada Bella dan janganlah kita menghakimi dia. Yang sudah berlalu, biarlah berlalu. Kita fokus yang sekarang. Saya tahu cerita dari awal sampai akhir, jadi tak baik kita hakimi dia.

Berkatalah yang baik-baik kerana itu adalah satu doa. Berilah Bella ruang dan sama-sama kita berdoa untuknya.

Terdahulu, media hiburan dikejutkan dengan berita Aliff Satar telah dicekup berkhalwat dengan aktres Ruhainies di sebuah kondominium mewah.

Tangkapan yang dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu difahamkan adalah berdasarkan maklumat awam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawha.

Shuib mateeen watie
2 months ago

"Shuib Suka Bergurau, Kami Tak Pernah Buat Hubungan Suami Isteri Depan Anak" - Watie Hanifiah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...