May 16th, 2014

Kemenangan Erin Malek dan Redha dalam program Fear Factor Malaysia musim kedua baru-baru ini telah menimbulkan kontroversi. Ini kerana salah satu cabaran yang perlu dilalui oleh mereka ialah memakan bangkai kambing. Seperti yang kita ketahui, di dalam Islam, memakan bangkai adalah haram. Jadi ramai yang mempertikaikan tindakan Erin dan Redha yang dikatakan dikaburi dengan wang RM200,000 sehingga sanggup memakan bangkai.

erin malek kambing

Abang Nara tertanya-tanya juga takkanlah penerbit Fear Factor tidak peka dengan isu yang sesensitif ini. Namun selepas membaca penerangan Erin Malek, barulah lega hati ini. Memang bukan bangkai sebenarnya. Hanya teknik masakan digunakan untuk menjadikan kambing tersebut berbau busuk dan kelihatan kotor. Kata Erin Malek menerusi Utusan Malaysia:-

Saya ingin jelaskan, itu bukan bangkai kambing sebenarnya. Itu hanyalah daging kambing biasa dan bukannya bangkai. Cuma daging kambing itu separuh masak. Mereka (pihak pengurusan) mempunyai cara yang tersendiri untuk membuatkan daging kambing itu berbau busuk dan kelihatan kotor. Janganlah salah faham.

Tahu, memang saya tahu (yang manusia tak waras sahaja akan makan bangkai). Tapi itu bukan bangkai sebab itu kami masih boleh makan. Kalau itu memang bangkai, kita pun tahu sama ada ia halal atau haram untuk dimakan. Tetapi saya tidak nafi, itu adalah antara cabaran yang betul-betul menguji saya dari segi mental dan fizikal.

Sepanjang program itu berlangsung, pasangan saya, Redha banyak sangat menolong. Kerjasama saya dengan dia sebagai sebuah kumpulan memang sangat kuat sehingga kami berjaya menghabiskan daging kambing yang agak berbau itu.

erin malek kambing

Kalau Abang Nara jadi Erin dan Redha, tak mungkin mampu habiskan memakan daging kambing yang sudah dimasak supaya kelihatan seperti bangkai. Abang Nara jenis cepat loya. Confirm akan muntah punya. Jadi memang kehebatan Erin dan Redha wajar dipuji. Bukang calang-calang orang boleh lengkapkan cabaran sebegini. Apa pun, tahniah buat anda berdua. RM200,000 kini sudah pun menjadi milik anda kerana berjaya menjuarai Fear Factor Malaysia musim kedua.


Comments are closed.

Loading...