“Saya Tahu Awak Kuat” – Terpalit Isu Cerai, Netizen Beri Semangat Buat Siti Saleha

Hiburan

“Saya Tahu Awak Kuat” – Terpalit Isu Cerai, Netizen Beri Semangat Buat Siti Saleha

Tiada angin tiada ribut, rumahtangga pelakon berbakat, Siti Saleha dikatakan dalam keadaan bergolak apabila dia hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada pagi Rabu bagi sebutan kes penceraiannya.

Siti Saleha dan suami
3 years ago

Rumah Tangga Berdepan Dengan Masalah, Siti Saleha Tuntut Cerai

Advertisement

Perkhabaran itu tentu sekali mengejutkan kerana Siti Saleha tidak pernah membuka kisah peribadi di media sosial mahupun kepada pihak media.

Terbaru, Siti Saleha mencuri tumpuan orang ramai apabila memuat naik foto dengan kapsyen seolah-olah menggambarkan keadaannya kini.

Menurut pelakon yang popular dengan watak Mia Adriana ini, dia berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SITI SALEHA (@sallywho)

Meninjau ke ruangan komen, perkongsian pelakon ini dihujani kata-kata semangat daripada para peminat. Mereka berharap Siti Saleha atau lebih mesra dipanggil Sally kuat menempuhi ujian ini.

Hanya diri sendiri yang tahu apa terbaik untuk kita,” tulis seorang netizen di bahagian komen.

Tak kurang juga yang berseloroh mengaitkan Sally dengan watak Mia Adriana dalam Tujuh Hari Mencintaiku. Dalam siri drama itu, Mia merupakan seorang gadis yang angkuh dan ego.

Saya tahu awak kuat Mia Adriana. Jangan pula pergi kahwin dengan Jali.”

siti saleha

Sekadar info, Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada tanggal 28 Julai 2017 dan selepas empat tahun bersama, mereka masih belum mempunyai rezeki untuk dikurniakan cahaya mata.

Semoga segala urusannya dipermudahkan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...