“Saya Tahu Apa Yang Saya Buat..” Aina Abdul Cerita Pengalaman Cari Rezeki Di Pub Dan Kelab Malam

Hiburan

“Saya Tahu Apa Yang Saya Buat..” Aina Abdul Cerita Pengalaman Cari Rezeki Di Pub Dan Kelab Malam

Tidak keberatan untuk bercerita mengenai pengalamannya mencari rezeki di pub dan kelab malam, penyanyi berbakat Aina Abdul tampil berkongsi mengenai kisah hidupnya sebelum dikenali ramai peminat kini.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Ujar penyanyi lagu Semalam ini, dia pernah bekerja di tempat sedemikian selama hampir lebih empat tahun dan mengakui punyai sebab tersendiri untuk melakukan persembahan di lokasi berkenaan.

Aina Abdul atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani,28, memberitahu bahawa ada cakap-cakap daripada pihak tertentu yang mendakwa seolah-olah dia mempromosikan mengenai kerjayanya menyanyi di kelab malam.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Advertisement

“Saya memang dulu menyanyi di ‘gig’, kelab malam dan pub. Ada yang komen yang seolah-olah saya mempromosikan soal menyanyi di kelab malam. Bab ini, saya memang ada pendirian sendiri..”

Kata Aina lagi, dia tidak merasa terganggu apabila menerima kritikan sedemikian rupa kerana di tempat sebegitulah yang telah memberikannya duit untuk meneruskan hidup sehingga kini.

“Benda itu nampak macam hina tapi saya sebenarnya bila menyanyi di kelab malam, saya masuk untuk menyanyi dan saya keluar apabila sudah tamat.” ujarnya lagi.

Dia dalam pada itu turut menyedari bahawa dia tidak boleh memuaskan hati semua pihak apabila menyentuh mengenai soal tersebut. Namun, bagi Aina, dia lebih tahu apa yang dilakukannya dan pasti mengenai pegangan hidupnya selama ini.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Aina Abdul ditemui ketika majlis kerjasamanya bersama produk Trulooks, Truskin di Le Meridien, Putrajaya pada hari Jumaat yang lalu di mana dia telah dipilih sebagai muka depan kempen terbaru produk berkenaan.

Perkembangan lain, Aina Abdul kini muncul dengan single terbaru berjudul Sepi yang sudah boleh didengari di seluruh platform muzik online dan media sosial.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...