Abang kepada pempengaruh sensasi, Marissa Dania iaitu Mohamed Danish Hakim, mengakui mengetahui serba sedikit mengenai apa yang berlaku dalam rumah tangga adiknya. Namun, dia memilih untuk tidak mendedahkan perkara itu kepada umum.
Ketika ditemui di acara Viu Royal Night yang berlangsung di W Factory, Shah Alam pada Khamis, Danish berkata lebih baik sebarang penjelasan dibuat sendiri oleh Marissa.
Saya adalah tahu serba sedikit apa yang berlaku dengan rumah tangga Marissa, tetapi saya tidak boleh dedahkan kerana itu adalah hak peribadi dia.
Saya risau jika tersalah cakap. Pada saya lebih baik jika ada apa-apa isu atau penjelasan ingin dibuat, biarlah tuan badan sendiri yang jelaskan. Terus terang, walaupun saya abang kandung dia tetapi tidak tahu sepenuhnya apa yang dia lalui.
Menurut Danish, isu rumah tangga adalah perkara sensitif, justeru dia tidak mahu terlalu masuk campur kerana bimbang akan menjejaskan kesihatan mental adiknya.
Kalau pasal rumah tangga, saya cuba elakkan untuk tanya lebih-lebih. Saya tak mahu rosakkan mental dia. Apa yang mampu saya buat sekarang hanyalah berdoa untuk dia dan ahli keluarga lain.
Mengulas mengenai kehidupan keluarganya yang sering mendapat perhatian ramai, Danish mengakui pada awalnya dia agak terkesan, namun kini lebih tenang menerima situasi tersebut.
Dalam masa sama, Danish juga mengakui dia tidak mengetahui status terkini rumah tangga Marissa. Bagaimanapun, dia percaya ada pihak yang lebih layak menasihati adiknya, terutama bapa mereka, pelakon terkenal Norman Hakim.
Untuk rekod, Marissa mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Aslam di Songkla, Thailand pada Disember 2023. Ahmad Aslam sebelum itu sudah berkahwin dengan isteri pertama, Umisya, dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.