Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyuarakan impiannya untuk berpindah ke Mekah sekiranya suatu hari nanti dia tidak lagi bergiat dalam bidang nyanyian.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Siti atau nama penuhnya Siti Nurhaliza Tarudin berkata bahawa dia sentiasa berdoa agar dapat berhenti menyanyi dan menumpukan perhatian kepada kerja-kerja amal.
Saya sentiasa berdoa supaya suatu hari nanti, saya tidak perlu lagi berada di atas pentas untuk menyanyi. Mungkin saya boleh buat kerja-kerja amal.
Saya pun ada impian nak tinggal di Mekah, nak habiskan usia di sana.
Pada masa yang sama, penyanyi Bidadari Syurgaku itu turut mengakui bahawa suara yang dialunkan ketika bernyanyi adalah aurat bagi seorang wanita.
Bagaimanapun, sebagai manusia, dia menyerahkan segala-galanya kepada Yang Maha Esa.
Apa pun kita buat, niat kerana Allah. Kadang kalau nak menyanyi pun, saya ingat Allah juga. Walaupun saya tahu, ada yang cakap suara itu aurat, saya serah pada Allah.
Selain itu, Siti turut berkongsi bahawa dia sentiasa berdoa agar dikurniakan husnul khatimah kerana baginya, pengakhiran hidup seseorang adalah perkara yang paling penting.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.