“Saya Susah Nak Percaya Orang” – Dilabel Sombong Sebab Susah Jawab ‘Call’, Ryan Bakery Akui Serik Sebab…

Kehidupan

“Saya Susah Nak Percaya Orang” – Dilabel Sombong Sebab Susah Jawab ‘Call’, Ryan Bakery Akui Serik Sebab…

Pensohor media sosial terkenal, Ryan Bakery mendedahkan bahawa dia pernah kerugian ratusan ribu ringgit kerana ditipu oleh klien produk berbayar yang dilakukan di media sosial Instagram dan TikTok.

Ujar Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery,27, dia tidak mendapat bayaran yang dijanjikan namun memilih untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit.

Advertisement

Katanya lagi, dia malas untuk memanjangkan cerita dan menghalalkan sahaja semua itu.

Berikutan kejadian itu, Ryan menjelaskan bahawa dia kini lebih berhati-hati dan sukar untuk mempercayai orang lain.

Malah, Ryan juga dilabel sombong gara-gara sukar mengambil mana-mana panggilan telefon yang asing dan tidak dikenali.

Saya tahu ada yang kata saya ni sombong. Disebabkan pernah kena tipu saya susah nak percaya orang dan berhati-hati menjawab panggilan.

Dalam pada itu, Ryan juga memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terjejas akibat tindakannya itu dan memaklumkan bahawa dia kini sudah mempunyai pihak pengurusan bagi menguruskan kerjayanya.

Perkembangan terkini, Ryan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga sudah melebarkan sayap kerjayanya dalam bidang lakonan pula apabila dia bakal muncul dalam 3 buah filem kelak.

Dia juga tercalon dalam Anugerah Gempak Most Wanted 2022 bagi kategori Digital Content Creator Tergempak bersama-sama finalis lain seperti Khairul Aming, Mek Yun, Syahmie Sazli dan Namie.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Teh ais joget
2 years ago

(VIDEO) “Mana Nak Datang Berkat?” - Pelanggan Dapat Air 'Free' Kalau Menari Terkinja, Netizen Kecam Peniaga 'Kaw Kaw'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...