“Saya Suruh Dia Pertimbangkan Semula” – Yusof Haslam Pujuk Puteri Sarah Jangan Bercerai

Hiburan

“Saya Suruh Dia Pertimbangkan Semula” – Yusof Haslam Pujuk Puteri Sarah Jangan Bercerai

Sebelum ini, kita dapat lihat bapa kepada pelakon, Syamsul Yusof iaitu Datuk Yusof Haslam menitiskan air mata sewaktu ditanyakan oleh wartawan berkenaan rumah tangga anaknya yang sedang goyah ketika ini.

Dapat dilihat dalam setiap temubual, Yusof Haslam sangat menyayangi menantunya, Puteri Sarah dan selalu meminta pelakon berkenaan tabah hadapi ujian rumah tangganya itu.

Advertisement

Namun begitu, baru-baru ini, Sarah ada membuat kenyataan bahawa dia sudah ‘penat’ dan enggan bermadu dengan, Ira Kazar, lalu meminta Syamsul melepaskannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Patimah Ismail (@dpatimah012)

Susulan kenyataan tersebut, sebagai bapa mentua dan bapa kepada Syamsul, Yusof Haslam memujuk Sarah untuk menimbang semula keputusan perceraiannya itu.

Biarpun akur dengan keputusan Sarah, pelakon Gerak Khas itu masih menaruh harapan agar perceraian pasangan tersebut tidak akan berlaku.

Jika perceraian itu tidak berlaku, saya fikir Syamsul kena banyak buat perubahan dalam hidup kerana hidup ini adalah suatu pengorbanan dan perjuangan.

Sekadar info, ibu kepada dua orang cahaya mata itu memaklumkan dirinya tidak mahu melengahkan masa dan mahu memfailkan perceraian dengan segera.

Malah, Puteri Sarah turut memaklumkan dia kini mahu mencari ketenangan dan memulakan hidup baru.

2 years ago

"Saya Nak Cari Ketenangan & Mulakan Hidup Baru" - Puteri Sarah Nekad Failkan Cerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...