Wanita yang sebelum ini sudah beberapa kali tular kerana beberapa isu, Alice Chang sekali lagi dilihat melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.
Menerusi video dikongsikan Alice di akaun Facebook, dia telah menunjukkan dirinya memasuki tandas lelaki di pusat membeli belah IPC Shopping Centre.
Pada awal video itu, Alice menunjukkan bahagian luar sebelum dia merakamkan dirinya berada di dalam dan bersebelahan dengan mangkuk tandas lelaki.
Hi, saya sekarang dalam tandas lelaki. Saya dah biasa masuk ke tandas lelaki, so macam mana? I love you tandas lelaki. Bye bye tandas lelaki.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, segelintir individu dipercayai lelaki telah menghubungi pihak pengurusan IPC Shopping Centre dan memaklumkan tentang perbuatan Alice.
Kejadian ini berlaku di dalam pusat beli belah kamu. Apa tindakan IPC akan ambil?
Pihak pengurusan IPC kemudian berkata mereka ambil maklum tentang kejadian tersebut dan sudah memberitahu kepada jabatan yang berkenaan untuk tindakan lanjut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.