Saya Suka Hans Nak Kahwin – Neelofa

Hiburan

Saya Suka Hans Nak Kahwin – Neelofa

Satu ketika dahulu, Neelofa dan Hans Isaac pernah menjalin hubungan cinta selama 2 tahun. Namun antara mereka berdua tiada jodoh dan akhirnya hubungan tersebut putus di tengah jalan. Semalam, Hans Isaac telah mengumumkan yang dirinya bakal berkahwin pada bulan Julai kelak. Selaku bekas kekasih dan kawan baik, Neelofa gembira dengan berita tersebut.

hans isaac neelofa

Advertisement

Malah menurut Neelofa, dia sudah mengetahui tentang pertunangan Hans Isaac dengan Gabriella sejak November tahun lalu. Kata Neelofa:-

Hans memberitahu dia akan berkahwin sewaktu berjumpa dengannya di satu majlis tahun lalu. Saya mahu dia gembira dengan wanita pilihannya. Kami tiada masalah dan mengekalkan hubungan sebagai rakan baik

neelofa hans isaacMasing-masing sudah pun mempunyai kehidupan sendiri selepas berpisah pada tahun 2014. Hidup mesti diteruskan. Pengalaman lalu dijadikan pengajaran untuk kehidupan yang lebih baik. Harap-harap lepas ini Neelofa pula bertemu jodoh. Tak sabar nak melihat siapa yang berjaya mencuri hati gadis jelita ini. Sumber Harian Metro.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...