Penyanyi Shila Amzah memberitahu bahawa dia tidak pernah menutup pintu hati untuk mencari cinta sejati.
Menurut sumber, penyanyi lagu Patah Seribu itu menerima cinta dengan hati terbuka namun tetap akan berhati-hati dalam mencari pasangan hidup.
Begitupun, kalau jodoh datang pada saat dan ketika itu, saya terima dengan hati dan tangan yang terbuka. Tapi dalam masa sama, saya akan lebih berhati-hati.”
Tambahnya lagi, dia tidak menafikan yang setiap perhubungan akan mempunyai halangan walaupun percintaan itu merupakan sesuatu yang indah.
Sebab saya suka dilamun cinta! Berada dalam alam percintaan memberikan rasa yang sangat indah. Tapi sudah tentu ia datang dengan halangan juga kan.
Dalam pada itu, Shila turut menjelaskan belum tiba waktunya untuk dia menamatkan kehidupan sebagai seorang ibu tunggal.
Kalau nak katakan saya mahu tamatkan zaman solo saya as soon as possible…No, itu tidak. Saya tengah nak enjoy sort of my single life. Selagi saya belum berkahwin saya anggap saya single.“
Sekadar info, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada tahun 2018 namun berpisah pada awal Februari lalu.