Terbaru, satu temubual di akaun Aaron Rohit telah tular di serata media sosial kerana jawapan yang sedikit ‘mengundang’ dari seorang wanita.
Apabila ditanya tempat yang sering dia melepak, wanita yang bernama Puteri itu menjelaskan dia suka ke kelab bersama rakan-rakan,
I pergi minum dengan kawan-kawan, macam tu lah. I tak lepak mamak eh, I tak suka lepak mamak tolong lah.
View this post on Instagram
Dia kemudiannya menjawab persoalan tentang lelaki yang tidak disukai di dalam kelab,
Oh my god, I tak suka lelaki yang gemuk dan pendek, lepas tu lagi-lagi yang kepala botak, buruk. Teruk perangai, I tak suka. Saya nak yang ada rambut baru lah nice.
Puteri kemudian mendedahkan dia suka lelaki kaya dan memiliki kereta Honda dan bertegas tidak menyukai sesiapa yang memandu kenderaan berjenama Perodua.
I suka kereta mewah tapi tu lah ramai lelaki Melayu pakai kereta Perodua kan?
Video itu nyata tular dan menerima pelbagai kritikan netizen di mana mereka meminta Puteri supaya mencerminkan diri sendiri dahulu.