Nampaknya hanya penceraian sahaja yang akan menjadi jalan keluar buat pasangan Aidil Zafuan dan Rita Rudaini. Hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan telah berlangsung prosiding permohonan cerai pasangan ini.
Aidil Zafuan dengan tegas menyatakan kesediaannya untuk melafazkan cerai pada hari ini kerana sudah tidak mahu lagi meneruskan proses perbicaraan kerana perbincangan sudah banyak kali dibuat dan dilihat tiada jalan penyelesaian. Apabila ditanya oleh hakim sama ada dia masih menyayangi Rita, Aidil menjawab:-
Saya sudah tidak sayangkan dia. Saya tak ingin lagi hidup begini sebab dah berlarutan dan tiada jalan penyelesaian.
Apabila soalan yang sama ditanyakan kepada Rita, dia menjawab:-
Selagi dia masih sah sebagai suami saya, saya sayangkan dia. Saya hanya mahu tahu apa kesalahan saya sehingga dia mahu menceraikan saya
Satu jawatankuasa pendamai akan ditubuhkan untuk memberi peluang kedua-dua belah pihak berbincang. Sekiranya tiada jalan penyelesaian, barulah lafaz cerai boleh dilakukan. Tarikh keramat bagi pasangan ini ialah 8 Mac 2013 kelak. Semoga mereka berdua dapat menyelesaikan perkara ini dengan keputusan yang terbaik buat semua pihak. Info asal MD.
P.S: Anda suka dengan kepelbagaian kombinasi warna yang boleh dibuat oleh anda sendiri? Rekaan segar, sopan, pakaian yang berwarna-warni dan pada masa yang sama up-to-date dengan trend fesyen terkini? Jom cuba koleksi comel dari DalzButtonCraft, LOVE COLLECTIONS! Maklumat lanjut sila ke blog DalzButton atau LIKE Facebook DalzButton sekarang!!!