Sememangnya Fizz Fairuz patut mengambil langkah untuk tidak berhubung dengan bekas tunangnya iaitu Azlyn Massiela. Lebih-lebih lagi si Azlyn itu merupakan isteri orang. Kang tak pasal-pasal kecoh pulak nanti.
Kata Fizz kepada portal Murai:-
Saya sudah tidak lagi berhubung dengan dia (Azlyn) dan hubungan kami sudah lama putus dan selesai. Saya rasa masing-masing pun sudah jelas. Tiada isu hendak saman-menyaman,malah kami sudah tutup buku lama dan masing-masing memulakan hidup baru.
Baguslah dah tutup buku lama dan buka buku baru sekarang. Yang penting, tumpukan kerjaya terlebih dahulu. Abang Nara suka dengan syarat yang telah dikenakan oleh ibu Fizz Fairuz. Hanya boleh kahwin lagi 2 tahun.
Saya dengan Almy hanya berkawan biasa. Namun semua itu tidak penting kerana saya tidak mahu memikirkan soal cinta atau kahwin lagi buat masa ini. Malah, ibu saya telah pun beri syarat kepada saya supaya tidak berkahwin dalam masa 2 tahun ini kerana tidak mahu saya terburu-buru dalam soal ini. Ibu saya juga mahu saya mengumpul asset selama 2 tahun ini. Dia (ibu) mahu saya belikan dia banglow dan bawa dia ke Mekah dahulu. Jadi saya hanya berserah kepada jodoh saya nanti, mungkin Almy dan mungkin juga orang lain
Betul juga tue. Lebih baik Fizz kumpul harta banyak-banyak. Kalau ada jodoh dengan Almy selepas 2 tahun, adalah kan. Kalau tak ada, mungkin ada yang lebih buat Fizz dan Almy. Buat Fizz, semoga tahun 2013 ini tidak akan ada kontroversi lagi buat anda. Teruskan memajukan diri dan prestasi lakonan anda untuk para peminat.
P.S: Nak Lihat Testimoni Pengguna SkinRich Orang Melayu? KLIK GAMBAR INI