“Saya Sudah Tiada Perasaan..” – Ajai Tolak Diminta Berganding Dengan Nourul, Mengakui Sudah Tiada Keserasian

Hiburan

“Saya Sudah Tiada Perasaan..” – Ajai Tolak Diminta Berganding Dengan Nourul, Mengakui Sudah Tiada Keserasian

Penyanyi dan komposer, Ajai menolak hasrat peminat yang berharap dapat melihat semula gandingan antara dirinya dan bekas isterinya iaitu Nourul Wahab di atas pentas membawa lagu-lagu duet popular mereka.

Tiada keserasian lagi

Menurut Ajai atau Mohd Faizal Maas, dia merasa tiada lagi keserasian antaranya dan Nourul bagi membolehkan mereka kembali duet bersama. Katanya, perkara tersebut tidak boleh dipaksa dan harus ada secara semula jadi.

Advertisement

Bukannya saya tidak profesional tetapi apabila bekerja sebagai penyanyi kita perlu ada keserasian dan keikhlasan.

 

Sejujurnya saya sudah tiada ada rasa itu lagi dan tidak mahu paksa perasaan itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MOHD FAIZAL MAAS🇲🇾 (@byajai)

Hubungan baik cuma tidak berhubung

Bukan itu sahaja, menjawab pertanyaan tentang hubungan bersama bekas isterinya itu, penyanyi ini menjelaskan hubungannya masih baik dengan Nourul cuma sudah jarang berkomunikasi lagi-lagi setelah anak perempuan mereka sudah dewasa.

Pada masa yang sama, bekas suami Nourul ini sudah mempunyai beberapa projek bagi merakam semula lagu-lagu bersama Nourul.

Hubungan kami baik dan tiada sebarang masalah, cumanya komunikasi itu semakin berkurangan apatah lagi anak kami sudah dewasa.

 

Saya rancang rakam semula lagu-lagu popular bersama Nourul dengan penyanyi wanita lain seperti Elly Mazlein.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MOHD FAIZAL MAAS🇲🇾 (@byajai)

Untuk info, Nourul dan Ajai mendirikan rumah tangga pada Disember 1996 sebelum berpisah pada tahun 2007. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ayu Nazirah.

adira
10 months ago

"Saya Kahwin Bukan Untuk Cerai.." - Adira Tiba Di Mahkamah, Datuk Red Sudah Usaha Ingin Rujuk Demi Anak-Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...