April 15th, 2016

Harapan untuk peminat Kamal Adli dan Emma Maembong yang mengimpikan pasangan ini bersanding di jinjang pelamin bakal termakbul apabila Kamal mengakui beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

Namun, Kamal tidak mahu terlalu mendesak Emma dan hanya akan berkahwin jika mendapat restu daripada keluarga beliau dan keluarga pihak perempuan.

Jujur saya hanya menunggu pihak Emma saja. Pada masa sama, Emma juga perlu mengambil kira soal keluarganya dan hal ini sudah tentulah bukan perkara main-main. Tambahan pula Emma anak kesayangan bapanya. Saya pun tidak boleh komen lebih-lebih dalam bab ini.

Lebih elok rasanya jika ditanya kepada bapanya juga. Saya pun tidak menggatal dengan wanita lain. Malah, saya juga tiada apa lagi hendak difikirkan kalau menyentuh soal masa depan. Keluarga saya pula memang tidak menghalang jika saya meluahkan hasrat untuk berumah tangga.

Kamal juga menjelaskan beliau tidak mempunyai tarikh tertentu untuk bernikah dan enggan mengulas lanjut mengenai hubungan beliau dan Emma kerana khuatir jika perancangan mereka akan berubah nanti.

Saya tidak boleh hendak komen panjang-panjang mengenai persoalan, bila saya akan melangsungkan perkahwinan? Sebelum ini, saya ada mensasarkan untuk bergelar suami pada usia tertentu, namun ia tidak berlaku seperti diharapkan.

Hendak mengulas lebih-lebih mengenai hubungan dengan Emma pun saya sebenarnya agak bimbang. Maklum saja, kalau kami tidak jadi kahwin, saya dan Emma juga yang akhirnya menjadi sasaran. Jadi, biarlah saya mengambil pendekatan bertenang saja dalam soal ini dan tidak keterlaluan saat memberikan ulasan.

Alhamdullilah, nampaknya kali ini baik Kamal mahupun Emma masing-masing sedar mereka serasi bersama dan tidak mahu membuang masa dalam bercinta. Jika benar mereka akan berkahwin tidak lama lagi, kami harap segala perancangan mereka ke arah itu dipermudahkan.

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...