Berita baik buat wanita-wanita di luar sana yang meminati Fizo Omar. Tuan punya badan telah mengesahkan bahawa hubungan percintaannya dengan Asmidar Jaafar telah berakhir. Kini Fizo Omar kembali single and available.
Fizo Omar dan Asmidar hanya sempat bercinta selama 2 bulan. Kata Fizo Omar kepada portal GUA:-
Ya, benar saya sudah putus cinta. Kami sudah putus sejak dua bulan lepas dan hanya sempat bercinta selama dua bulan sahaja. Apa yang boleh saya katakan, mungkin tidak ada keserasian antara kami atau mungkin masing-masing susah nak beri komitmen dengan perhubungan ini. Pendek cerita, memang tak ada jodoh antara kami dan mungkin dia layak dengan seorang yang lebih baik. Perkara ini tidak ada kaitan dengan pihak ketiga. Kami berpisah dengan cara elok. Ada juga mengaitkan bekas kekasih saya sebelum ini sebagai punca. Saya minta agar jangan kaitkan doktor itu dalam kes ini sebab dia tak ada kena-mengena.
Abang Nara tengok mereka berdua memang sesuai sangat. Memang sama cantik sama padan. Namun sayangnya tiada jodoh. Yang pasti, ramai lagi gadis-gadis di luar sana yang sudi menjadi kekasih Fizo Omar. Pasti suatu hari nanti akan bertemu jua.