Kalau hendak bercerita tentang setiap satu gosip ataupun kontroversi yang menghantui Zizan Razak memang tidak ada kesudahannya, daripada gosip percintaan sehinggalah yang terbaru dimana beliau dituduh menganggu periuk nasi pelakon lain.
Sering dikritik oleh orang ramai meskipun tidak semua mengetahui cerita sebenar disebalik sesuatu perkara itu, Zizan akui beliau sudah penat menghadapi segala kontroversi lebih-lebih lagi ada sahaja pihak yang cuba untuk menyalahkan dirinya.
Apabila orang bercakap tentang saya bermakna mereka sayang dan berikan perhatian kepada saya. Sebab itu orang asyik bertanya jika ada sesuatu isu baru timbul. Kalau ia cerita yang tidak sedap didengar, saya tak akan jawab. Mana perkara yang tidak betul, saya akan perbetulkan dan biarkan sahaja ia senyap. Mulut orang bila dah penat bercakap nanti berhenti juga.
Kadangkala rasa penat juga apabila orang tidak habis-habis mencari kesalahan saya sahaja. Jika ada yang reka cerita tidak benar biarlah orang itu tanggung sendiri. Saya reda sahaja.
Saya tidak tahu ke mana mahu mengadu dan siapa lagi boleh dipercayakan? Hanya pada Tuhan saya berdoa dan memohon maaf. Itu yang membuatkan saya kuat bertahan.
Bila seseorang itu lebih berjaya pasti akan ada dugaan dan ujian buatnya, sabar ajalah Zizan kerana pilihan hidup sebagai seorang artis, segala kontroversi itu adalah asam garam kehidupan.