Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Sudah Maafkan Suami, Tidak Mahu Ungkit Lagi – Mia Ahmad

Rumah tangga pelakon Mia Ahmad dan juga penjaga gol pasukan JDT, Mohd Izham Tarmizi pernah dilanda badai dan ketika itu Mia masih lagi dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak pertama mereka, Sayf Issa.

Advertisement

Mengakui masih ada luka berbekas di dalam hati, Mia bagaimanapun enggan terus tenggelam dalam duka dan sudah memaafkan suaminya. Sebolehnya, beliau tidak mahu lagi mengungkit sebarang perkara mengenai pergolakkan rumah tangganya itu.

Ada yang menuduh saya ‘meroyan’ dan sengaja menyelak aib rumah tangga, tetapi suami tahu kenapa dan mengapa saya berbuat sedemikian. Orang luar hanya tahu cakap dan menuduh, tetapi mereka tidak berada dalam situasi saya.

Saya marah, malah jadi tidak rasional kerana dugaan itu berlaku ketika baru dua minggu melahirkan anak. Mujur saya tidak meroyan. Saya anggap ini sebagai sebahagian ujian awal dalam perkahwinan.

Apa yang penting, saya dan suami sudah melepasi detik sukar yang hampir menghancurkan kebahagiaan kami. Saya sudah memaafkan suami dan tidak mahu mengungkitnya lagi.

Mia pada masa yang sama menafikan dakwaan beliau sengaja ingin membuka aib suaminya dan menjaja kisah rumah tangga mereka.

Menurut Mia, beliau banyak meminta petunjuk daripada Allah SWT dan bermuhasabah diri kembali berfikiran secara matang ketika menghadapi dugaan. Ditanya soal kepercayaan, Mia bagaimanapun tidak ada jawapan buat masa ini.

Advertisement

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 Comments

  1. huhuhuh

    May 14, 2019 at 12:58 pm

    saya sudah maafkan Alif Aziz..
    opss sori..
    salah tingkap..

  2. mamamia

    May 14, 2019 at 12:52 pm

    laki lubuk duit kena la bertahan…klo x kena jual nasi lemak coz berlakon pun kayu x laku…ms dulu bkn main menayang bahagia

  3. Anonymous

    May 14, 2019 at 12:22 pm

    nasib baik gaji laki puluh ribu…. meroyan pun mesti laa sanggup hadap
    cer laki tu keje cukup makan… smpi skrg ngok ngek meroyan

  4. Anonymous

    May 14, 2019 at 12:17 pm

    Dah lah mia cite lame dh basi ko laki bini pon dh basi. Stop lah berlakon pi tumpu kat laki and anak. Ade bisnes tudung kan? Ha go on and kuarkan design terbaru shawl lilit leher ke kepala style pocong.

  5. Aida Musa

    May 14, 2019 at 12:10 pm

    Korang ni pernah kawin ke semua? Isteri ni, bila suami buat hal, mesti akan rasa teraniaya, rasa sakit. Bukan tak sayang tapi hancur perasaan bila orang yg kita cintai & mengaku sayang kita tapi tipu di belakang kita, frust terduduk tau! Waktu tu, sebagai isteri, perlukan bantuan. So we reach out to the people supaya ada orang boleh nasihatkan suami ke, tegur suami ke, eliminate si pengacau ke. Silap si mia ni sebab went to public, itu saja. And she was in pantang baru 2 minggu. Emosi pun haywire. Maybe she shud go to family or pej agama instead of public. But she admitted she has learnt the lesson. Stress tau bila suami buat onar macam ni. Tak nak bagitahu orang nanti suami makin buat hal, nak bagitau takut jatuh air muka, nak pendam sorang nanti jadi gila. Bagi Suami yang sedar telah buat salah, cepat2 say sorry and start work things out. Kalau dah berkali2 mungkin si isteri dah tawar hati & tak mahu teruskan perkahwinan lagi. Kalau baru sekali dua, its ok to maafkan and learn the lesson, improvise. Jadi kita sebagai orang sekeliling sepatutnya sokong when young couple trying to live happy, to find common ground. Nak pertahankan rumahtangga bukan mudah oiii .. so why nak kondem? Suka-suka minta orang cerai.

    • whateverrr

      May 15, 2019 at 9:46 am

      Betull… yang komen kata macma-macam tu, dorang tak kawen lagi.. takpun, laki tak tunjuk belang lagi.. dah kena kat batang hidung baru tau.. bella ke mia ke, atau mana- pompuan yang penah lalui kes laki buat je tau macamana perasaan.. rasa nk meroyan tu, biasa la.. ko tu kalau bofren layan awek lain sikit pn gelabah cam apa lagi.. bab maafkan tu, bukan sebab bodoh ke apa.. tu sebab pompuan pikir panjang.. pikir pasal keluarga, pasal anak2… bukan dia bodoh.. klu dia pentingkan diri, nak je dia sepak laki dia laju2.. hmm.. so, yang x tau perasaan tu, please shut up!

    • tipahhhh

      May 15, 2019 at 11:23 am

      Aku agree dgn point2 ko, tapi tula org ckp,da kawin ni ada masalah simpan dlm bilik dulu, kalau xboleh carila org yg terdekat sahaja to get the support, lg2 ko tu so called retis kan, bukan canang merata, lepas tu salahkan netizen menyibuk. Ibarat nya, ko bukak pintu bilik ko luas2, bila orang mai jenguk tengok ko marah n salahkan org tu ceroboh privasi ko the heck. Dia ni masalahnya dok salahkan netizen sebok rumahtangga dia, asyik perli2 ckp org luar xperlu tau xperlu sebok yada2, tp kepit je laki dia tu, tu yg org meluat.

Loading...
To Top