Belum reda dengan kontroversi Miera Liyana berbikini dalam filem Dendam Orang Mati, kali ini timbul pula gosip pelakon jelita ini dengan Fauzi Nawawi. Gosip ini bukan gosip sembarangan, sebaliknya Miera Liyana dan Fauzi Nawawi dikatakan berjalan berpegangan tangan sekaligus menimbulkan persoalan sama ada mereka berdua sedang bercinta. Seperti yang kita ketahui, Fauzi Nawawi merupakan suami kepada Lisdawati dan telah pun mempunyai 3 cahaya mata hasil perkahwinan tersebut.
Tampil menjelaskan keadaan, Fauzi Nawawi menafikan sekeras-kerasnya gosip tersebut. Kata Fauzi menerusi Mstar Online:-
Beza umur kami 20 tahun dan saya percaya dia mempunyai lebih ramai pilihan selain saya. Gosip ini sememangnya mengarut. Ia telah membuatkan perasaan isteri saya terluka. Sebelum ini saya pernah bercakap ‘Bertuah sangat kalau Leyana tu nak bagi pegang tangan’ pada sebuah majlis dan ia mungkin telah disalahertikan. Malangnya timbul cerita lain pula konon saya dilihat berpimpinan tangan dengan Miera seperti pasangan kekasih.
Macam saya… sudah ‘kebal’ dengan gosip seperti ini. Datanglah macam mana sekalipun kontroversi itu, Insya-Allah saya boleh terimanya dan keluarga saya utamakan dahulu. Tetapi kasihanlah pada dia (Miera). Baru nak cipta nama, gosip dah macam-macam. Bagaimanapun saya harap gosip ini tidak akan menjejaskan filem lakonan saya, Kelibat yang bakal ditayangkan 6 November ini.
Macam-macam sungguh gosip yang akan timbul apabila berkecimpung dalam dunia hiburan. Ini semua asam garam kehidupan sebagai seorang selebriti. Respek kepada Fauzi Nawawi kerana tak melatah. Ini semua perkara biasa. Bak kata pepatah, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Tak gitu? Apa pun, semoga gosip ini tidak merosakkan hubungan Fauzi dan Lisdawati. Sama-samalah kita doakan.