August 6th, 2014

Pembatalan perkahwinan Dazrin Kamaruddin dan Amyra Rosli sedikit sebanyak turut sama memberi impak kepada Ramona Zamzam. Mana tidaknya, beberapa minggu sebelum majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung, pelakon wanita jelita ini dilihat berkongsi beberapa keping gambar mesranya bersama Dazrin Kamaruddin. Walaupun telah membuat penafian, pasti ada suara-suara yang menyalahkan Ramona Zamzam dan sekaligus menuduh dirinya sebagai punca pembatalan perkahwinan pasangan kekasih tersebut.
ramona zamzamHati wanita sesungguhnya memang cepat cemburu, namun seperti yang sudah dimaklumkan sebelum ini, punca pembatalan perkahwinan Dazrin dan Amyra tidak dihebahkan untuk menjaga hati banyak pihak. Buat yang menuduh Ramona Zamzam sebagai orang ketiga, pelakon cantik menarik ini menyatakan dirinya sudah bersiap sedia dengan tuduhan sebegitu. Kata Ramona:-

Saya terkejut mendengar berita tentang Dazrin dan tunangnya Amyra Rosli membatalkan perkahwinan mereka dan saya sudah menjangkakan akan menjadi mangsa dituduh sebagai pihak ketiga kerana saya orang terakhir yang digosipkan dengan dia.

Saya tidak takut berhadapan dengan media kerana saya tidak bersalah dalam hal ini, selepas gambar kami menjadi isu saya sangat marah dan tidak berhubung langsung dengan Dazrin hingga hari ini.

Saya dan Dazrin sudah kenal lama sejak saya masuk dalam industri lagi malah kami sering kali digandingkan untuk berlakon bersama sebagai pasangan kekasih.

ramona zamzam
Ramona Zamzam juga turut memaklumkan yang Amyra Rosli tidak ada menghubunginya untuk meminta penjelasan mengenai gambar-gambar dirinya bersama Dazrin. Kata Ramona lagi:-

Kalau benar-benar saya ingin menganggu hubungan mereka ia pasti sudah lama berlaku, apa yang saya marah apabila peminat Amyra menghentam saya di Instagram dengan pelbagai kata-kata kesat sehingga saya terpaksa padamkan gambar tersebut agar ia tidak berpanjangan.

Lepas gambar tu keluar Amyra senyap sahaja, dia tidak pula hubungi saya untuk minta penjelasan jika dia tidak puas hati tentang gambar berkenaan.

ramona zamzam

Hmmmm. Apa pun, nasi sudah menjadi bubur. Perkahwinan dah pun dibatalkan. Ini bukan salah Ramona Zamzam pada pendapat Abang Nara. Ini namanya dah tak ada jodoh. Mungkin di masa hadapan, cinta Dazrin dan Amyra akan bertaut kembali. Mana tahu kan? Sama-samalah kita doakan. Info asal Mstar Online.


Comments are closed.

Loading...