“Saya Sudah Daftar Vaksin Untuk Anak Saya” – Khairy Jamaluddin

Berita

“Saya Sudah Daftar Vaksin Untuk Anak Saya” – Khairy Jamaluddin

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan sudah mendaftarkan anak bongsunya yang berusia enam tahun untuk menerima suntikan vaksin di aplikasi MySejahtera.

Hal itu berikutan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan beliau serta anaknya sendiri enggan divaksin.

Advertisement

Menurut Khairy Jamaluddin, cabaran utama pihaknya kini adalah untuk memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa vaksin Covid-19 bagi kanak-kanak ini adalah selamat.

KJ

Saya sendiri sudah tempah vaksin untuk anak saya. Ini nak jawab yang kata dia tak vaksin, anak tak vaksin.

Khairy memaklumkan perkara tersebut pada Majlis Pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) di Hospital Tunku Azizah pada Khamis.

Anak saya, umur enam tahun akan divaksin dan Insya-Allah saya harap yang lain juga akan buat tempahan kepada anak-anak mereka.

Dalam pada itu, Khairy menjelaskan bahawa vaksin untuk kanak-kanak ini tiada paksaan dan diberikan pengecualian bagi memastikan ibu bapa yakin dengan proses ini dan yakin vaksin ini akan melindungi anak-anak mereka daripada kesan yang lebih buruk daripada jangkitan Covid-19.

3 years ago

"Orang Nak Tengok Anak KJ Divaksin, Masuk TV Dulu" - Catriona Ross

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...