Pelakon Syazuwan Hassan akhirnya tampil memberi respon maklum balas mengenai dakwaan seorang wanita yang menuduh dirinya berlaku curang dengan aktres Wafariena setelah 11 tahun bermadu kasih.
Ujar Syazwan setiap perkara mempunyai batas dan dia sudah cukup bersabar sejak diuji dengan pertuduhan seperti itu.
View this post on Instagram
Tambah pelakon drama Dia Menantu Rahsia ini lagi, kisah kecurangan yang disebarkan bekas kekasihnya yang bernama Adora itu tidak membuatkan dia gentar kerana percaya sahabat dan ahli keluarga yang mengenali diri sentiasa berada bersamanya.
“Saya ada keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa berada di pihak saya. Itu saja yang saya perluka dan saya bersyukur. Saya tahu sebab musababnya tapi saya tak perlu mendedahkan atau membongkarkan kisah itu. Saya tak perlu menjelaskannya.”
Menganggap apa yang berlaku kepada dirinya kini sebagai suatu isu yang terlalu peribadi, Shazuwan memilih untuk enggan berkongsi kepada umum.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Syazuwan juga berkata bahawa dirinya tidak perlu simpati daripada orang ramai dan tidak perlu mempertahankan apa-apa.
Terdahulu, seorang wanita yang dikenali sebagai Adora tampil mendedahkan bahawa hubungan yang dibinanya bersama pelakon lelaki itu selama 11 tahun putus di tengah jalan.
View this post on Instagram
Dia turut mendakwa punca perpisahan mereka ada punya kaitan dengan pelakon drama 7 Hari Mencintaiku, Wafariena Roslan.