“Saya Sudah Bertanya..” – Buka Niqab Kerana Ikuti Pertandingan, Zizi Kirana Beri Penjelasan

Hiburan

“Saya Sudah Bertanya..” – Buka Niqab Kerana Ikuti Pertandingan, Zizi Kirana Beri Penjelasan

Penyanyi Ziri Kirana menjelaskan dirinya sudah pun merujuk sebelum mengambil keputusan untuk membuka niqab bagi menyertai pertandingan program realiti  The Hardest Singing Show (THSS).

Memakai niqab di tempat tertentu

Menjawab kepada persoalan ramai, penyanyi ini berkata keputusan yang diambil itu telah difikirkan dan dirujuk kepada beberapa pihak yang lebih arif dalam soal pemakaian niqab.

Advertisement

Saya sudah bertanya kepada ustazah dan menonton beberapa video kerana diri sendiri pun masih belajar dan keliru.

 

Ini kerana perkara wajib dibuat ialah menutup aurat kecuali muka dan tapak tangan. Jadi saya memadai memakai niqab di tempat tertentu seperti menghadiri majlis ilmu agar lebih fokus.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

Menjaga batas ketika persembahan

Bukan itu sahaja, isteri kepada pelakon Yusof Bahrin ini turut menegaskan dia tetap menjaga pergaulan meskipun ketika membuat persembahan dan sesi latihan.

Katanya, penari latar lelaki akan mengenakan sarung tangan ketika sesi latihan dan persembahan bagi mengelakkan mereka bersentuhan secara tidak sengaja.

Alhamdulillah saya mendapat pasukan yang sangat bertimbang rasa dan mereka sangat menjaga batas dan mereka sudah tahu masa buat persembahan akan pakai sarung tangan.

 

Pergerakan tarian juga tidak keterlaluan bagi mengelakkan perkara sebegitu berlaku.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

Sekadar info, Zizi merupakan salah seorang peserta yang bertanding dalam THSS di samping penyanyi lain seperti Ayda Jabat, Aepul Roza, De Fam, Stacy, Aisha Retno, Kaka Azraff dan Putera Muhammad.

8 months ago

"Maafkan Saya" - Masih Berniqab Tapi Berpeluk Dengan Kawan Lelaki Lepas Pulang Umrah, Ruhainies Buat Netizen Berang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...