“Saya Spin Benda Tu..” – Ajak Peminat Tolak DAP, Jamal Abdillah Akui Tak Tahu Hal Politik

Hiburan

“Saya Spin Benda Tu..” – Ajak Peminat Tolak DAP, Jamal Abdillah Akui Tak Tahu Hal Politik

Sebelum ini, tular di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran video memaparkan penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah yang menyeru peminat untuk tidak mengundi calon-calon Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Menerusi video tersebut, Datuk Jamal meluahkan rasa bimbang sekiranya parti berkenaan memperoleh majoriti kerusi dan secara tidak langsung memberi kesan terhadap kedaulatan agama Islam di negara Malaysia.

Advertisement

Susulan penularan video tersebut, penyanyi berusia 63 tahun itu tampil memohon maaf kerana mengkritik parti berkenaan lebih-lebih lagi ketika Pilihan Raya bakal berlangsung tidak lama lagi iaitu pada 19 November ini.

Saya spin benda tu dalam keadaan saya tak mengetahui hal politik. Sebagai rakyat Malaysia memang lah kita tak mahu perkara-perkara ini berlaku.

Dalam pada itu, Datuk Jamal berharap permohonan maaf itu tidak lagi menimbulkan salah faham atau kekeliruan dalam kalangan peminat dan masyarakat Malaysia.

Apa pun, kepada DAP khususnya saya mohon ampun maaf atas kesilapan saya dah dilakukan.

Jelasnya lagi, kenyataan itu dikeluarkan atas dasar kebimbangan kepada generasi akan datang dan berharap peminat dapat mempertimbangkan apa yang dikatakannya.

Kita sama-sama nilaikan adakah benar apa yang saya cakap tu. Sebagai seorang rakyat tu memang rasa macam bimbang jugak keadaan tu berlaku kan.

@zettydja_

#awas #viralvideo #fyp??viral

? original sound – zettyDja – zettyDja

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Jangan Cium Bayi Orang Lain. Cium Anak Sendiri Boleh. Ok?" - Neelofa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...