Saya Sokong Kempen Terajang Cermin Sisi Kereta Yang Menggunakan Laluan Kecemasan – Pekin Ibrahim

Hiburan

Saya Sokong Kempen Terajang Cermin Sisi Kereta Yang Menggunakan Laluan Kecemasan – Pekin Ibrahim

Baru-baru ini kecoh dengan isu mengenai sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab menggunakan lorong kecemasan sewaktu kesesakan lalu lintas. Berhubung perkara itu, viral pula video dimana pengguna motosikal bertindak untuk menerajang cermi sisi kereta yang berada di lorong kecemasan tanda kempen untuk mengingati mereka agar tidak menggunakan lorong tersebut demi kepentingan diri sendiri.

Advertisement

Antara selebriti yang menyokong kempen terajang cermi sisi kereta adalah Pekin Ibrahim. Buat Pekin tindakan tersebut adalah wajar dan cara terbaik untuk memberikan pengajaran dan mendidik pengguna kereta.

Memang benar saya menyokong kempen tersebut kerana itu salah satu cara terbaik untuk mendidik pengguna kereta serta kenderaan lain supaya tidak menggunakan lorong kecemasan ketika kesesakan lalu lintas. Tindakan menggunakan lorong kecemasan bukan sahaja mengundang masalah seperti ambulans lewat tiba andai ada kemalangan tetapi juga membahayakan penunggang motosikal.

Ingin ditegaskan, saya hanyalah menyokong kempen tersebut untuk menyedarkan orang ramai bukannya sokong tindakan menendang cermin sisi kereta. Sokong kempen dan perbuatan itu berbeza. Saya juga tidak pernah menendang cermin sisi kereta orang lain.

Jika kempen ini berkesan, orang ramai akan mula sedar bahawa mereka tidak lagi boleh menggunakan laluan kecemasan sesuka hati, secara tidak langsung ia turut membantu pihak berkuasa.

Walaubagaimanapun, menurut Pekin cara kasar harus digunakan untuk menyedarkan pemandu kereta agar menggunakan laluan yang betul jika tidak mahu cermin sisi kereta mereka ditendang.

Pekin juga tidak menerima sebarang kecaman daripada mana-mana pihak atas sokongannya itu dan beliau juga berharap sikap pemandu akan berubah selepas ini dan tidak menimbulkan masalah pada orang lain dek kerana sifat pentingkan diri sendiri.

Sumber Berita : Kosmo Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...