Sejak beberapa bulan yang lalu, isu mengenai keretakan rumah tangga selebriti Puteri Sarah bersama suami, Syamsul Yusof akibat daripada orang ketiga iaitu Ira Kazar menjadi bualan utama netizen.
Setelah beberapa bulan tercetus isu terbabit, akhirnya bapa kepada Ira Kazar iaitu Kazar membuka mulut untuk memberi komen tentang anak perempuannya itu.
Kazar memberitahu dirinya tidak boleh berkata apa-apa, cuma mahu kesemua pihak berdamai kerana merasakan isu yang berlaku bukan masalah besar.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, dia turut meminta agar netizen tidak terlalu meninggalkan komen kasar kepada Ira dan keluarga akan sentiasa berada di sisi anak perempuannya itu.
Susulan itu, Puteri Sarah telah memuat naik satu hantaran keratan artikel komen Kazar itu di Instagram dan meminta warganet untuk membincangkan perkara tersebut.
Meninjau di ruangan komen, bukan saja netizen yang meninggalkan komen, malah rakan selebriti turut memberi kata-kata semangat kepada Puteri Sarah untuk tetap berjuang dan kuat menempuh dugaan yang dilalui.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.