Written by AbangNara | August 30th, 2019

Gosip penceraian Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad semakin hangat diperkatakan hari ini. Ramai yang tertanya-tanya sama ada ia benar atau sekadar khabar angin semata-mata. Sudah tentu, Neelofa sebagai adik kepada Noor Nabila telah menjadi kaunter pertanyaan untuk mengesahkan perkhabaran ini. Untuk makluman, rumah tangga pasangan ini yang berkahwin pada 31 Mac 2017 itu pernah dilanda kontroversi, Februari lalu selepas mereka sering memuat naik kata-kata sedih menerusi laman Instagram masing-masing.

neelofa

Enggan mengesahkan sebarang spekulasi yang sedang bertebaran, Neelofa memaklumkan yang dia akan menyokong apa jua keputusan yang dilakukan oleh kakaknya itu. Kata Neelofa:-

Nabila sudah mengharungi pelbagai dugaan (dalam hidup), jadi tidak adil untuk saya menghakimi fasa yang sedang dilaluinya ketika ini. Apa yang saya boleh cakap, dia sangat kuat dan berhak mendapat yang terbaik.

Saya tahu, saya pasti menjadi orang pertama ditanya mengenai perkara itu kerana kami tinggal serumah. Tetapi, tidak adil untuk saya mengulas mengenai rumah tangga mereka. Sebagai adik, saya mahu semua orang tahu, saya menyokong apa sahaja keputusan yang membuat kakak gembira. Saya, keluarga dan rakan sentiasa berada di belakangnya dalam apa juga situasi.

neelofa

Neelofa juga memaklumkan netizen bebas membuat sebarang spekulasi atau mencipta persepsi sendiri selepas Noor Nabila memuatnaik gambar di mahkamah semalam:-

Itu perkara normal dan saya yakin, Nabila dapat mengendalikannya dengan baik. Dia pasti tahu buruk baik setiap tindakan yang dilakukan. Nantikan sahaja

neelofa

Daripada kata-kata Neelofa, seolah-olah memang benar Noor Nabila telah memfailkan penceraian terhadap Sharnaaz Ahmad. Namun semeua ini belum sah selagi kita tidak mendengar pengesahan daripada empunya badan. Selaku peminat, kita hanya mampu mendoakan yang terbaik buat pasangan ini. Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

19 responses to Saya Sokong Apa Sahaja Keputusan Yang Buat Kakak Gembira – Neelofa

  1. Juriah says:

    Fasa lima tahun pertama dalam perkahwinan adalah fasa yang paling perit di mana kita akan diuji. Wang, kerjaya, ipar-duia dan lain2.

    • Tell it the way it is says:

      …dan sya menyokong sharnaaz… dah la x tutup aurat bini ko, ego pulak tu. Lepaskan saja…xguna ada bini yg bakal mengheret ko ke neraka bro. Dulang dah la mahal skrg…mas kawin RM1000. Berbaloi kah?

  2. Kaunselor says:

    Lelaki boleh kekal dengan yg bini takder $ atau tak bekerja contoh suri rumah, tapi perempuan jarang nak kekal/setia bila lelaki takder $. Perempuan zaman sekarang tak boleh dipercayai. Kalau perempuan lebih berharta dibuatnya macam kuli dan laki dia cam sampah…percayalah.

  3. Mat Sahdo says:

    Biasa la tu… bila ada duit terbitlah cinta, bila x de duit maka terbitlah taik dimata wanita.

  4. lol says:

    tinggal serumah? patutlah. dah kawin, kluarlah tinggal sme dgn suami aje. bru la blh rasa sebenarnye erti rmhtgga tu. gaduh atleast tkde org tau. laki bini je tau.

    • Anonymous says:

      Entah sharnaz xda rumah ke? Rasanya sharnaz pun kaya anak dato. X kan xda rumah sendiri

      • Nonamanis says:

        Ape pulak xde. Nabila yang xnak ikut.
        gile nk tinggalkan rumah die yg besar ikut sharnaz yang rumah kecik. Tpi besar lagi rumah sharnaz dari rumah aku la.

  5. Ros says:

    Dan lopa bersama semua singles yang lain bersyukur tak payah hadap perangai jantan dalam masalah rumah tangga. Phew.

    • Kisah Benar says:

      Tunggu sampai loyot/kedur baru nk nikah ke ..,lepas tu cari anak ikan. Anak ikan curi duit baru terhegeh buat polis repot… huhu

      • Akak kantin says:

        Buat report konon duit dalam account kene curi..padahal sama2 stuju nak buat bisnes bitcoin…Dia yang kasi account no bagai…Bila dah tak suka macam2 di seret ek…

  6. Anonymous says:

    caption/ig stories mengundang memang la orang tertanya-tanya…

  7. Anonymous says:

    Sian shanaz yea..ermm..knp la stay skali..klu xde siblings it’s ok..

  8. Anonymous says:

    opps..saja nak tya..why geng kelantanese suka nau berlonggok satu rumah ke…yg dah kawen sume dok serumah…cam fizo n kaum kerabat dia tu??aku lak xleh dok serumah ngan adik badik aku…sekejap2 leh la… kalu serumah mmg taklah..rimas2 ngan ipar duai,..blk kampung pun sekejap2 je ok…lama2 kepala rasa semak…uishh..semak la ramai2…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini