“Saya Slowkan Volume Untuk Kekalkan Kekacakan Tengku” – Tengku Hassanal ‘Cover’ Lagu Suci Dalam Debu, Netizen Geli Hati

Trending

“Saya Slowkan Volume Untuk Kekalkan Kekacakan Tengku” – Tengku Hassanal ‘Cover’ Lagu Suci Dalam Debu, Netizen Geli Hati

Baru-baru ini, kerabat diraja Pahang, Sultan Pahang dan Tengku Ampuan telah mencemar duli apabila hadir ke majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Lurah Semantan, Temerloh.

Difahamkan, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menyumbangkan suara mereka dalam acara itu, sekaligus menunjukkan sisi mesra dan ‘sporting’ baginda Sultan bersama rakyat-rakyat Pahang.

Advertisement

Selain itu, apa yang paling mencuri tumpuan adalah penampilan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al- Sultan Abdullah menyanyi di rumah terbuka itu yang ternyata telah menuai pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

@bera_community

Cover version of Suci dalam Debu by KDPM Tengku Mahkota Pahang @this.7 #tengkuhassanal #royalpahang at Rumah Terbuka YAB MB Pahang @tokwan .. #pahang1st #majuteruspahang #raya2024 #rumahterbuka

? original sound – Bera Community – Bera Community

Kata netizen, Tengku Hassanal seperti membaca sajak dalam nyanyian lagu Suci Dalam Debu, namun tetap santai melayan permintaan rakyat.

Meninjau ruangan komen, netizen berasa terhibur dengan persembahan Tengku Hassanal meskipun ada yang nampaknya  patah hati terutamanya kaum wanita kerana muncul dakwaan anakanda Sultan Abdullah dan Tunku Azizah itu sudah menemui cinta hatinya sebelum ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Tengku Hassanal
2 weeks ago

(VIDEO) "Muka Iras Noor Nabila.." - Tunku Azizah Perkenal Wanita Pilihan Tengku Hassanal?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...