November 16th, 2018

Sebelum ini, percintaan pelakon Kamal Adli dan Emma Maembong antara yang menjadi tumpuan hangat media dan peminat sehingga timbul khabar angin mereka bakal berkahwin. Namun, disebabkan satu kontroversi dan salah faham hubungan mereka berdua dikatakan renggang.

Walaubagaimanapun, ramai yang tahu Kamal berusaha sedaya upaya untuk memulihkan hubungan mereka dan menawan kembali hati Emma. Untuk satu tempoh, mereka kelihatan cukup mesra, tetapi sekarang, kedua-duanya jarang kelihatan meluangkan masa bersama lagi.

Terbaru, Kamal mengakui dirinya kini sudah solo dan menjelaskan beliau dan Emma hanya sekadar kawan sahaja.

Saya kini sedang single. Saya dengan Emma memang hanya berkawan sahaja. Mungkin kedua-dua kami selesa dengan perkara ini. Setakat ini, saya memang tiada siapa-siapa dan masing-masing memberikan fokus terhadap kerja.

Kamal memberitahu beliau mahu menyemak semula segala kesilapan dan kekurangan diri menerusi perhubungan terdahulu sebelum bersedia untuk kembali ke alam percintaan semula.

Sumber Berita : Astro Gempak


12 responses to “Saya ‘Single’, Hanya Sekadar Kawan Sahaja Dengan Emma – Kamal Adli”

  1. Akak Kantin 2.0 says:

    xyah cari artis la kamal..cari orang biasa sudah..contoh cari yg keje gomen..xcantik pun xpe..janji pandai jaga hati n perot kamal sudah…

  2. Anonymous says:

    cari calon lain la kamal yg elok betul.

  3. Nino says:

    Ok la jgk klu masih berkawan..lofattah bkn setakat x jadi ,bertegursapa pun dah x boleh

  4. hurmmm… agak dah. beria2 sangat now membazir masa jer laa korg.

  5. Anonymous says:

    Rasanye Emma pun dah dgn org lain skrg

Loading...