Sebelum ini, percintaan pelakon Kamal Adli dan Emma Maembong antara yang menjadi tumpuan hangat media dan peminat sehingga timbul khabar angin mereka bakal berkahwin. Namun, disebabkan satu kontroversi dan salah faham hubungan mereka berdua dikatakan renggang.
Walaubagaimanapun, ramai yang tahu Kamal berusaha sedaya upaya untuk memulihkan hubungan mereka dan menawan kembali hati Emma. Untuk satu tempoh, mereka kelihatan cukup mesra, tetapi sekarang, kedua-duanya jarang kelihatan meluangkan masa bersama lagi.
Terbaru, Kamal mengakui dirinya kini sudah solo dan menjelaskan beliau dan Emma hanya sekadar kawan sahaja.
Saya kini sedang single. Saya dengan Emma memang hanya berkawan sahaja. Mungkin kedua-dua kami selesa dengan perkara ini. Setakat ini, saya memang tiada siapa-siapa dan masing-masing memberikan fokus terhadap kerja.
Kamal memberitahu beliau mahu menyemak semula segala kesilapan dan kekurangan diri menerusi perhubungan terdahulu sebelum bersedia untuk kembali ke alam percintaan semula.